Pan Borneo Sabah: Selepas Pembatalan PDP, Kenapa Paksa Kerajaan GRS Yang Bersalah?

Sejak kebelakangan ini pembinaan Lebuhraya Pan Borneo menjadi perdebatan politik bila mana pemimpin Parti Warisan sengaja mempersoalkannya. Mereka sengaja bangkitkan agar rakyat Sabah melupakan kegagalan kerajaan Warisan mengurus Sabah khususnya Lebuhraya Pan Borneo itu sendiri.

Untuk memahami keadaan sebenar, persoalkan juga perubahan model pelaksanaan projek PDP yang dibatalkan oleh kerajaan Warisan. Ini turning pointnya.

Akibat PDP yang dibatalkan berlaku beberapa perubahan dan kaedah perlaksanaan projek. Sekaligus boleh diutarkana bagi menjawab persoalan yang sengaja dibuat oleh pembangkang Warisan. (Mungkin juga kerana tin kosong)

Pembatalan PDP: Faktor besar mengubah kemajuan projek.

Asalnya projek Pan Borneo Sabah menggunakan model Project Delivery Partner (PDP).

Namun, pada 2019, kerajaan Persekutuan atas permintaan dan persetujuan kerajaan negeri, model PDP ditamatkan dan menyerahkannya kepada JKR.

Perubahan tersebut melibatkan penyusunan semula tanggungjawab pengurusan, penyelarasan kontrak dan mekanisme pelaksanaan projek. Termasuk kos dan kawalan kerajaan.

(Hakikatnya JKR tidak berkemampuan untuk melaksanakan nya, jadi sudah pasti akan melantik syarikat luar sebagai pelaksana. Maka pastilah syarikat yang dilantik kelak kroni Ketua Menteri Shafie Apdal ketika itu)

Ertinya pembatalan PDP hanyalah muslihat kerajaan Warisan untuk merampas kontrak jalan Pan Borneo dari syarikat tertentu dan diserahkan kepada kroni walaupun tidak berkemampuan.

Justeru Itu Pihak Warisan Tidak Boleh Mempolitikkan Perkembangan Pan Borneo Nanti Mengena Batang Hidung Shafie Apdal.

Setelah PDP berjaya dibatalkan dan ada kontrak baharu tidak bermaksud kerja fizikal boleh dimulakan serta-merta.

Pelaksanaan projek infrastruktur berskala besar lazimnya melibatkan beberapa proses penting, termasuk pengambilan tanah, pemindahan utiliti, penyediaan reka bentuk terperinci, proses perolehan dan mobilisasi kontraktor.

Oleh itu, angka kemajuan fizikal tidak sepatutnya berasingan daripada tempoh sebenar pelaksanaan dan status setiap pakej.

Menilai Semula Kesan Keputusan Dasar Terdahulu

Perdebatan mengenai Pan Borneo Sabah tidak seharusnya hanya tertumpu kepada prestasi pentadbiran semasa tanpa mengambil kira keputusan dasar yang dibuat pada peringkat terdahulu.

Pembatalan PDP pada 2019 merupakan sebahagian daripada sejarah pelaksanaan projek yang perlu dimasukkan dalam penilaian menyeluruh.

Kerajaan Warisan yang mempertahankan kaedah pelaksanaan baharu perlu menunjukkan secara fakta dan bertulis, kalau mekanisme baharu akan menghasilkan penjimatan, kecekapan pengurusan atau peningkatan prestasi pembinaan.

Rakyat Sabah Memerlukan Jawapan Yang Boleh Diukur

Bagi pengguna jalan raya, peniaga, pengusaha pengangkutan dan masyarakat luar bandar, isu paling penting bukanlah pertikaian politik semata-mata, tetapi bilakah jaringan jalan raya yang dijanjikan dapat disiapkan dan digunakan.

Justeru, beberapa maklumat perlu didedahkan dengan jelas kepada orang ramai:

  • Status kemajuan fizikal setiap pakej yang telah dianugerahkan.
  • Tarikh sebenar kontraktor menerima tapak pembinaan.
  • Jadual asal dan jadual siap terkini.
  • Faktor kelewatan yang dikenal pasti bagi setiap pakej.
  • Langkah pemulihan serta sasaran kemajuan yang boleh dipantau.

Ketelusan maklumat ini akan membolehkan masyarakat membezakan antara kelewatan akibat isu teknikal, perubahan dasar, kekangan pentadbiran dan prestasi kontraktor.

Kesimpulan: Menilai Keseluruhan Sejarah Projek

Polemik mengenai kemajuan Pan Borneo Sabah membuka ruang untuk menilai semula keseluruhan perjalanan projek, termasuk keputusan pembatalan PDP, perubahan kaedah pelaksanaan dan prestasi pembinaan selepas itu.

Persoalan utama bukan sekadar berapa peratus projek telah siap, tetapi apakah faktor sebenar yang mempengaruhi kemajuannya, siapa yang bertanggungjawab terhadap setiap keputusan dan apakah tindakan yang sedang diambil untuk memastikan projek ini dapat disiapkan.

Akhirnya, rakyat Sabah berhak mendapat penjelasan yang menyeluruh, berasaskan rekod pelaksanaan dan bukannya angka yang dipetik tanpa konteks.

Leave a Reply

Powered by WordPress.com.

Up ↑

Discover more from jalinluin.com

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading