Pan Borneo Sabah: Kritikan Warisan Perlu Mengambil Kira Keseluruhan Sejarah Projek

Cover ulasan Pan Borneo Sabah dengan Chen Ket Chuin dan latar pembinaan lebuh raya.

Aku terbaca kenyataan Ahli Majlis Tertinggi Warisan, Chen Ket Chuin, yang menuntut penjelasan daripada kerajaan negeri Sabah atau Ketua Menteri, Datuk Seri Hajiji Noor, berhubung kelewatan projek Lebuhraya Pan Borneo

Aku tidak akan terpancing hanya kerana dakwaan seperti itu lalu memberikan ulasan panjang lebar. Tidak akan, malah suka aku ingatkan Cina Cina Warisan supaya lebih ikhlas membawa kritikan.

Bahawa dakwaan Cina Warisan itu tidak lebih daripada mengada-ada, seolah-olah mahu membuatkan pengundi Warisan merasakan bahawa kewujudan mereka amat diperlukan.

Jika kamu menuntut penjelasan daripada pemerintah negeri, perkara itu mesti terlebih dahulu dinilai berdasarkan bidang kuasa, tempoh pentadbiran dan keputusan yang dibuat bagi setiap pakej projek. Sekiranya perkara itu telah diketahui, aku percaya tidak akan wujud pertanyaan seperti itu.

Pada pandangan aku, kenyataan pemimpin Warisan itu lebih menyerupai usaha mencari perhatian politik dan meyakinkan penyokong bahawa kewujudan mereka masih diperlukan. Jika mahu menuntut pertanggungjawaban, bentangkan keseluruhan sejarah projek serta peranan setiap pihak, termasuk keputusan ketika Warisan mentadbir Sabah. Barulah rakyat dapat menilai dengan adil dan saksama.

Jadi, adakah Cina Cina Warisan berminat menyahut cabaran di atas atau mahu mencipta isu lain yang lebih terperinci?

Jangan seperti sekarang, yang tujuannya hanya untuk mengelirukan penyokong Warisan. Bukan orang tidak tahu, macai dan penyokong Warisan hanya membaca tajuk berita, kemudian berhujah seolah-olah merekalah yang membongkar isu itu. Pui!

Leave a Reply

Powered by WordPress.com.

Up ↑

Discover more from jalinluin.com

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading