
Sejak awal penangkapan individu-individu yang dikaitkan dengan kartel dadah Upik, aku sudah mengikuti perkembangan kes ini dari jauh.
Laporan berita dan video berkaitan aku ikuti dan simpan. Pada 26 Disember 2023, aku menulis mengenainya di bawah tajuk — “Sindiket Dadah Terbesar Di Sabah Didalangi ‘Datuk’ Tumpas – Ayob (Video) – Tahniah Anwar & Hajiji”.
Sehari selepas itu, aku turut mencatat kenyataan Setiausaha Agung Warisan susulan tangkapan berkenaan. Pada 27 Disember 2023, aku menulis — “Setiausaha Agung Akur Pemimpin Warisan Dalam Kartel Dadah, Serah Pada Polis”.
Sejak dari awal lagi aku sedar betapa besarnya sindiket yang sedang dibongkar pihak berkuasa ini. Bayangkan, sebelum semuanya terbongkar, ada yang begitu kagum dan membanggakan kekayaan Upik. Kemewahan itu menjadi buah mulut.
Namun selepas operasi polis dan pertuduhan yang menyusul, nama Upik tidak lagi sekadar dikaitkan dengan cerita kekayaan dan kemewahan. Ia muncul dalam satu kes besar membabitkan dakwaan kegiatan jenayah terancang dan pengedaran dadah di Sabah.
Kini, selepas pendedahan bekas Timbalan Ketua Polis Negara, Tan Sri Ayob Khan Mydin Pitchay, beberapa perkara yang pernah aku ikuti, catat dan simpan sejak penghujung 2023 itu kembali menarik untuk dibuka, dibaca dan disusun semula.
Sebab rupa-rupanya, cerita di sebalik pembongkaran kartel ini jauh lebih besar daripada apa yang kita tahu ketika tangkapan pertama dilakukan.
Terbaru, tular pula satu rakaman ucapan Tan Sri Ayob Khan yang menceritakan apa yang berlaku di sebalik operasi memburu dan menumpaskan Geng Upik. Cerita yang beliau dedahkan ini menarik, kerana ada beberapa perkara yang tidak diketahui umum ketika operasi itu dilaksanakan pada penghujung 2023.
Dengarkan sendiri apa yang diceritakan oleh Ayob Khan dalam video di bawah.





















Leave a Reply