
Shafie Apdal Menyokong Konsert Israel Houghton Yang Di Jadual Akan Berlangsung Di Kota Kinabalu, Sabah Pada Oktober Ini
Alasannya sebab Islam, Kristian dan Buddha sudah lama hidup bersama di bumi Sabah. Alasan yang tidak ada soal sebenarnya justeru biarkan saja tumbuh apa adanya. Jangan malah Shafie ganggu gugat atas alasan apa pun.
Pelik aku pengetahuan agama Shafie Apdal ni. Dia melihat agama dari konteks dunia hingga lupa alasan segelintir penganut agama yang menyokong israel, bukan kerana dunia tapi untuk menjaga keimanan mereka di akhirat kelak. Lalu dimana pula kepentingan agama Islam, Buddha dan sebenarnya penganut agama Kristian yang tidak menyokong israel?
Sebelum Shafie menyatakan sokongannya, sudah ada pihak yang membantah penganjuran konsert berkenaan. Malah, Pesuruhjaya Polis Sabah, Datuk Jauteh Dikun, pada 28 September 2026 menyatakan bahawa polis akan menasihati kerajaan negeri supaya konsert itu ditangguhkan sekiranya permohonan rasmi dikemukakan. Pendirian tersebut mengambil kira reaksi orang ramai dan sensitiviti masyarakat. Menurut beliau, polis ketika itu telah menerima dua laporan berhubung konsert tersebut, manakala penganjur belum mengemukakan permohonan rasmi kepada kerajaan negeri.
Shafie kau sudah rosak dan naif. Kau berpura pura baik sedangkan ia buruk untuk dirimu dan sebenarnya buruk untuk penganut agama Islam, Kristian dan Buddha disebabkan kebersamaan hidup di bumi Sabah tadi yang sekarang kau campuri.
Tidak perlu berselindung tujuan Shafie menyokong konsert tersebut adalah demi kepentingan parti Warisan yakni berusaha merai pengundi “pelampau” agama. Nah jangan dia berharap Warisan akan memerintah Sabah.
Penting untuk memahami penolakan terhadap Israel sering kali berkait rapat dengan isu-isu seperti hak asasi manusia, konflik tanah, dan sejarah penindasan. Majoriti penduduk dunia, termasuk dalam kalangan negara-negara yang berbeza latar belakang agama, bersatu memperjuangkan keadilan untuk rakyat Palestin dan menentang tindakan yang dianggap mencabuli hak.
Namun, Israel Houghton sebelum ini telah menyatakan sokongan terhadap rejim Israel melalui platform Instagram. Ini dia punya isu, menyebabkan pemerintah Indonesia, Filipina dan Florida, Amerika sebelum ini tidak membenarkan Israel Houghton mengadakan konsert.
Ura ura Israel akan mengadakan konsert tidak boleh dilihat semata-mata dari konteks agama, perspektif muzik atau seni, tetapi sebagai satu isu sosial dan politik yang lebih luas. Justeru alasan Shafie membenarkan konsert berkenaan kerana faktor menghormati agama, merupakan alasan yang tidak tepat dan tidak sepatutnya digunakan.
Akhirnya mana mana parti politik, sewajarnya jangan mencampuri isu ini, lebih baik serahkan pada pihak Polis. Mereka tahu bagaimana menjaga keharmonian kaum dan beragama di bumi Sabah.





















Leave a Reply