
Ini nak cerita pasal peruntukan persekutuan berkaitan membaiki jalan raya cerun era kerajaan Warisan. Kiranya artikel ini akan bersambung kali itu berkaitan totally peruntukan membaiki jalan raya di Sabah yang telah diagihkan kepada empat syarikat kroni kerajaan Warisan.
Kepada sesiapa yang tidak berpuas hati, boleh saman aku, baik berhubung artikel ini ataupun artikel yang aku janjikan di atas.
Kamu orang tahu kah, berapa ratus juta ringgit yang telah diberikan oleh Persekutuan kepada kerajaan Warisan untuk membaiki jalan jalan cerun Persekutuan diseluruh sabah?
Laporan Ketua Audit Negara menunjukkan dari tahun 2018 hingga 2020, Persekutuan telah meluluskan peruntukan pembaikan jalan cerun seperti berikut;
- 2018: RM75.92 juta
- 2019: RM68.41 juta
- 2020: RM74.30 juta
Jumlah: RM218.63 juta.
Pembaikan jalan cerun termasuk membaiki jalan raya retak dan strukturnya yang mendap.
Persoalannya dengan peruntukan sebanyak itu, pernah kah kerajaan Warisan membaiki jalan raya di Sabah? tiada seinci pun tiada.
Justeru ke mana wang sebanyak itu dibelanjakan? macam skandal KKLW lagi kah!
Berbilion wang rakyat dimasukkan sebagai peruntukan Kementerian KKLW tapi masalah air, letrik dan jalan raya luar bandar tidak selesai. Malah menjadi modal Shafie ketika mengetuai parti Warisan.
Dalam tempoh dua tahun lebih pemerintahan Warisan, tidak ada satupun media yang melaporkan pembaikan, baik itu jalan negeri mahupun jalan persekutuan.
Ironinya walaupun Menteri Infrastruktur Sabah, Peter Anthony telah menghebahkan bahawa jalan Telupid yang macam di bulan dibaiki namun sehingga kerajaan Warisan tumbang, seinci pun jalan raya dibaiki.
Kerna itulah kamu sebagai rakyat Sabah jangan pernah mempercayai tuduhan pemimpin dan macai Warisan perihal keadaan jalan raya setelah Warisan menjadi pembangkang.
Apa yang kamu nampak dan rasa sekarang kesan dari kegagalan kerajaan Warisan. Walaupun telah disediakan peruntukan beratus juta ringgit tapi itulah, bila kau tamak, hipokrit dan tidak amanah. Rakyat Sabah tetap menggigit jari hanya kroni kepimpinan Warisan yang hidup selesa. Pui!






















Leave a Reply