
Mari kita dengar penjelasan rentetan kenaikan tarif letrik di Semenanjung. Tidak hanya di Semenanjung tapi juga di Sabah dan Sarawak jika bekalan GAS dan Arang Batu terus mengurang.
Kita tahu bekalan Gas dan Arang Batu. Malaysia import dari timur tengah dan negara jiran.
Kita pun tahu selat Hormuz terus bergolak ini sudah pasti menjejaskan bekalan. Indonesia sebagai pembekal arang batu juga bermasalah akibat unsur rasuah berkaitan pembekalan arang batu. Malah Indonesia sendiri berhadapan dengan kekurangan sumber arang batu.
80% gas yang digunakan untuk menjana letrik datang dari gas tempatan. Justeru, ini yang menjadi topik perbualan antara Rafizi dan para penal. Bahawa Gas dah nak habis yang menyebabkan tarif letrik meningkat.
42% bekalan letrik di Semenanjung di jana menggunakan Gas, bakinya menggunakan Arang Batu.
Pendapat peribadi aku, untuk mengekang ketirisan bekalan letrik. Pastikan Premis perniagaan seperti Hotel, Kilang Perindustrian, kedai biasa dipantau. Percayalah mereka ini yang banyak mencuri letrik hingga keuntungan TNB atau SESB menyusut.
Tapi jangan kamu risau, baru saja Ketua Menteri Datuk Hajiji Noor memaklumkan bahwa bekalan gas Sabah meningkat dua kali ganda yang mampu menampung penjanaan letrik, masa kini dan masa depan. Maksud aku, boleh jak nak nanti Semenanjung mengimport Gas dari Sabah.
Untung negeri Sabah di tadbir oleh GRS maka rezeki pun melimpah ruah. Kalau itu hari kekal di perintah oleh Warisan, entahlah memang kering miskinlah kita macam negara negara jiran.
Apapun kamu dengar dulu penjelasan Rafizi.






















Bekalan Gas kita semakin meningkat. Syukur kepada Tuhan. 🙏🤲