
Artikel dibawah agak menarik dan mendalam, jangan sampai ada yang katulahan
Iyalah mentanglah bulan kemerdekaan di situlah Jeffrey dan Shafie berlakon seolah olah hanya mereka yang pedulikan perjanjian Malaysia 1963.
Pai ulung punya lakonan. Semasa berkuasa habuk pun tiada, bila jadi pembangkang kalau boleh batu pun di sembah, asal dapat menarik sokongan.
Mereka lupa ada perkara halus di belakang mereka.
Apa ertinya sebuah perjanjian jika hanya untuk dibanggakan dan selamanya menjadi modal politik.
40% hasil Sabah termaktub dalam perjanjian Malaysia 1963 dan sepanjang sejarah politik Sabah, hanya Ketua Menteri Sabah Datuk Hajiji Noor dari GRS yang berjaya mendesak sekaligus menuntut bayaran interim tertinggi mencecah RM1.5 bilion, dijangka dibayar pada bulan akan datang.
Jadi kalau setakat berlakon dan bergambar di batu sumpah, apa barang.
Nanti tidak pasal pasal mendapat tulah. Tulah ini yang aku maksudkan perkara halus.
Batu sumpah dianggap “suci” oleh masyarakat pendalaman Sabah, justeru itu wajar dijaga “kesuciannya”. Bukan malah dijadikan pentas politik murahan. Begitu dihargai hingga “suci” nya boleh membawa kesusahan pada yang melecehkannya.
Orang Sabah ni terkenal dengan sikap bangga dengan identiti Sabah apa lagi bila membabitkan sejarah Sabah. Sebab itu jangan hairan kenapa ada masyarakat pedalaman menganggapnya batu sumpah suci.
Ketulahan dalam tradisi Bajau Pantai Timur dipanggil busung. Di pantai timur jangankan batu. Katil pun menurut kepercayaan mereka boleh mengundang kesusahan.
Dalam bangsa KDMR kalau aku tidak silap, boleh juga dipanggil, tulah dan kalau sangkut itu yang dikenakan sogit.
Kebetulan Shafie dan Jeffrey dari bangsa yang mempercayai tulah. Siaplah kamu.
Jadi kamu dua, Jeffrey Kitingan dan Shafie Apdal jangan main. Jangan jangan tulahnya kamu pembangkang sampai sudah. Hahahah!
KENINGAU: Batu Sumpah Keningau bukan sekadar sebuah batu yang boleh dijadikan latar bergambar atau bahan untuk mencipta trend politik setiap kali musim pilihan raya tiba. Ia mempunyai nilai sejarah yang besar kepada pembentukan Malaysia dan menjadi simbol penting khususnya kepada masyarakat di pedalaman Sabah.
Justeru, jangan jadikan Batu Sumpah Keningau sebagai “trend politik tahunan” — muncul apabila mahu mendapatkan perhatian, kemudian dilupakan apabila kempen berakhir. Kalau benar menghormati sejarah, penghormatan itu sepatutnya konsisten dan bukan bermusim.
Bagi masyarakat pedalaman, Batu Sumpah mempunyai nilai yang lebih mendalam kerana ia berkait dengan sejarah, amanah dan aspirasi masyarakat Sabah pada ketika pembentukan Malaysia. Sebab itu, pendekatan terhadapnya perlu penuh tertib dan hormat, bukan sekadar dijadikan prop untuk menyampaikan mesej politik.
Batu Sumpah bukan milik mana-mana parti. Ia sebahagian daripada sejarah Sabah dan warisan rakyat.
Politik boleh berbeza pendirian, parti boleh bertukar, pemimpin boleh silih berganti — tetapi sejarah jangan dipolitikkan sehingga hilang nilai dan maknanya.
Kalau setiap tahun ada pihak datang membawa slogan politik, bergambar dan menjadikan Batu Sumpah sebagai bahan kempen, rakyat juga berhak bertanya:
“Ini benar-benar penghormatan kepada sejarah atau sekadar mahu menunggang sentimen rakyat pedalaman?”
Lebih baik semua pihak menghormati Batu Sumpah sebagai simbol sejarah, menjaga kesuciannya dan memastikan generasi muda memahami maksud serta latar belakangnya.
Jangan kerana mahu mengejar populariti politik, perkara yang dianggap suci dan mempunyai nilai sejarah kepada masyarakat akhirnya dipermainkan.
Dan seperti yang selalu disebut dalam bahasa Sabah:
“Jangan sampai kena katulahan.”
Batu Sumpah bukan pentas politik bermusim. Jangan jadikan sejarah rakyat Sabah sebagai bahan tunggangan politik setiap tahun.





















Leave a Reply