Wajarkah Najib Menjalani Hukuman Penjara Di Rumah?

Ada kah keputusan melepaskan Najib Razak dari penjara Kajang danĀ  menjalaninya di rumah yang berbaki 2 tahun, keputusan yang tepat dan wajar?

Pada 11 September ini Mesyuarat Lembaga Pengampunan Malaysia akan bersidang.

Setiap banduan berhak menerima hukuman parol setelah berkelakuan baik dalam penjara. Tapi bukan kah Lembaga Pengampunan pada Januari 2024 telah mengurangkan hukuman penjara sehingga 50%.

Hukuman penjara 12 tahun tinggal 6 tahun dan dijangka akan dibebaskan pada 23 Ogos 2028. Ertinya baki hukuman penjara Najib Razak masih ada 2 tahun lebih yang kalau diluluskan akan dijalankan di rumah peribadi Najib Razak.

Boleh saja Najib Razak menjalani baki hukuman di rumah tapi pastikan juga berlaku pada banduan lain, jika memenuhi syarat, jangan dilewatkan walau sehari.

Satu lagi pastikan di masa akan datang, kalau menjatuhkan hukuman pada orang kebanyakan, jangan hanya merujuk pada tempoh masa yang telah ditetapkan tapi gunakan juga pertimbangan akal fikir dan emosi hakim.

Leave a Reply

Powered by WordPress.com.

Up ↑

Discover more from jalinluin.com

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading