Jentera Warisan Tawau  Dipenjara Dan Didenda Kerana Memandu Bawah Pengaruh Alkohol

Kalau dia orang biasa, nescaya aku tidak akan mengongsi gambar dan beritanya. Sebab aku maklum aib tetap aib yang wajib dirahsiakan.

Tapi berbeza dengan orang yang mendapat gelar public Figure, kegiatan mereka boleh dikritik secara terbuka. Namun ahli keluarga mereka tidak boleh di libatkan atas alasan apa sekalipun.

Hari ini portal Sayang Sabah melaporkan dua individu dari Tawau dijatuhkan hukuman penjara kerana memandu dibawah pengaruh alkohol.

Seorang dari mereka adalah jentera Warisan.

Bayangkan belum apa apa sudah berani melanggar undang undang.

Bayangkan jika pihak Polis gagal mengesannya pasti waktu itu dia akan memandu dalam keadaan mabuk yang boleh mengakibatkan kemalangan maut.

Ini baru dalam mode pembangkang, sudah terserlah kebiadapan mereka. Bagaimana agaknya jika ditakdirkan Warisan menjadi kerajaan? tidak dapat aku bayangkan.

Pastinya masa itu apapun kesalahan yang dilakukan individu dalam kerajaan Warisan, akan di nafikan separuh nyawa menyebabkan berlaku ketidakadilan.

Nanti ada yang marah sebab aku kaitkan perbuatan individu dengan parti. Jangan mereka lupa sebelum ini mereka mengkritik Najib Razak berhubung skandal 1MDB dalam masa yang sama mereka tuduh UMNO pencuri perompak.

Leave a Reply

Powered by WordPress.com.

Up ↑

Discover more from jalinluin.com

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading