
Semalam tersebar nama nama wakil rakyat yang dilantik sebagai Ketua Bahagian PGRS mengikut Parlimen.
Kebetulan ada diantara mereka, dimana anak mereka dilantik sebagai Ketua Ketua Sayap Bahagian PGRS.
Justeru itulah macai Warisan ingat perkembangan terbaru ini ibarat bola tanggung.
Bola tanggung apa, kalau macai Warisan sendiri yang bodoh.
Kebetulan saja anak pemimpin. Hakikatnya mereka sendiri, anak muda yang berkelayakan dan berkualiti. Jadi buat macam mana, memang dari keluarga pemimpin. Orang kata, kuah tidak tumpah ke mana.
Tahukah macai Warisan. Merujuk catatan sejarah Islam, kepimpinan Islam boleh diwarisi dari bapa kepada anak dan seterusnya. Contohnya seperti dibawah dan tidak hanya membabitkan pemimpin Islam malah berlaku di barat yang terkenal dengan sistem demokrasi.
Muawiyah bin Abu Sufyan โ Yazid bin Muawiyah
Muawiyah menjadi khalifah pertama Bani Umayyah, kemudian anaknya Yazid menggantikannya pada tahun 680 M.
Abd al-Malik bin Marwan โ al-Walid bin Abd al-Malik
Al-Walid ialah anak kepada Abd al-Malik dan menjadi khalifah selepas ayahnya pada 705 M.
Harun al-Rashid โ al-Amin
Al-Amin ialah anak Harun al-Rashid dan menjadi khalifah Abbasiyah pada 809 M
John Adams kepada John Quincy Adams, dalam sistem republik Amerika Syarikat, jawatan presiden tidak diwariskan secara rasmi, tetapi berlaku anak kepada bekas presiden kemudiannya dipilih menjadi presiden.
George H. W. Bush kepada George W. Bush di Amerika; anak menjadi presiden beberapa dekad selepas bapanya.
Jadi jangan kamu peduli, apa lagi ayah mereka wakil rakyat tidak pernah kalah setiap kali pilihan raya, bererti legasi mereka diterima oleh rakyat Sabah.
Di grup WhatsApp ada yang minta aku masukkan nepotism Warisan dalam article ini.
Ya memang benar kepimpinan Warisan khususnya Presiden Warisan itu sendiri, Shafie Apdal paling tegar mengamalkan nepostime sejak dari UMNO sehingga hari ini, parti Warisan.
Walaupun ada lagi yang lebih layak dan kerabat yang dipilih oleh Shafie sangat boleh dipersoalkan kemampuannya dari semua segi.
Ambil contoh, Yusuf Apdal di Lahad Datu. Sengaja dipilih oleh Shafie sedangkan Yusof bukan orang Lahad Datu.
Semporna, ramai lagi orang luar yang lebih berjasa dan dari keluarga besar yang boleh di pasang sebagai calon Warisan untuk DUN Bugaya berbanding Jamil Hamzah anak buah Shafie. Apa lagi ibunya mantan Adun Bugaya yang sepatutnya dicalonkan bagi mengenang jasa ibunya.
Macam yang dilakukan oleh Datuk Hajiji Noor, GRS setelah kematian Bung Mokhtar. Anaknya Naim maju untuk Parlimen Kinabatangan dan GRS tidak meletakkan calon.
Aziz Jamman jugst anak buah Shafie tu bukan orang Sepanggar tapi dicalonkan. Macam tiada sudah orang Sepanggar yang berkelayakan.
Semasa kerajaan Warisan jangan ceritalah. Boleh dikatakan hampir semua lokasi kerajaan di sandang oleh kroni Shafie Apdal dari Semporna. Tapi hari ini pandai pula menuduh kerajaan GRS macam macam.





















Leave a Reply