
Kerajaan Sabah akan terus melarang mana mana pihak memasuki Sabah jika mereka sama ada langsung atau tidak langsung mampu mengugut keharmonian Sabah.
Kita orang sudah tegaskan. Sebelum ini Pengarah Bersih Sabah, Asraf Sharafi dilarang memasuki Sabah walaupun sudah dua bulan tidak berjumpa dengan isterinya. Justeru pro pemerintah mencadangkan agar si Asraf mengangkut anak isterinya ke Malaya dan kalau masih Bersih jangan lagi balik ke Sabah sampai bila bila.
Naib Pengerusi Bersih Sabah, Fadhil Kasim berkata, Pegawai Advokasi Bersih, Anas Nor’azim dimaklumkan dikenakan sekatan untuk memasuki Sabah sebaik tiba di Lapangan Terbang Tawau.
Pengerusi Jawatankuasa Pemandu Bersih, Faisal Aziz dan ahli jawatankuasanya, Alyaah Hani turut dimaklumkan mereka dilarang memasuki Sabah sejak 30 Jun lalu — tarikh yang sama Pengarah Bersih, Asraf Sharafi Azhar diusir kembali ke Kuala Lumpur susulan sekatan serupa.
Siapa juga keluarga si Asraf dan kawan kawannya di mata pemimpin Sabah yang memasyhurkan perjanjian Malaysia 1963. Hari ini Imigresen menjadi hak istimewa negeri Sabah sampai bila bila.
Sabah dibawah kepimpinan GRS kini makmur, harmoni dan di atas landasan tepat memajukan Sabah, namun ada lagi pihak cuba merosakkannya, orang luar pula tu.
Begini saja, kalau kamu ahli Bersih berbangsa Melayu dari Semenanjung. Lebih baik kamu betulkan masing masing negeri sendiri. Aku nampak semakin hari semakin teruk, gejala sosial membarah, rasuah dimana bukan hanya membabitkan orang politik. Orang kebanyakan turut disiasat kerana mencuri dana agensi kerajaan seperti Tabung Haji. Begitu juga pemimpin berbangsa India dan Cina turut terjebak memakan wang rakyat. Jadi bagus Bersih betulkan diri dan bangsa mereka sendiri hingga benar benar bersih.
Mana mana ahli Bersih Sabah berasal dari Indonesia, kamu balik sana dan bekerjasama dengan Mahasiswa Indonesia, menunjuk perasaan. Kalau kamu ingin membakar bangunan pejabat, rumah pemimpin Indonesia kamu punya suka hatilah. Begitu juga dengan ahli Bersih yang berasal dari Filipina, balik negeri asal dan silakan bekerjasama dengan Moro melawan kerajaan Filipina yang didominasi Tagalog.
Atau kalau gian sangat menjadi aktivitis. Boleh saja kamu bekerjasama dengan kumpulan yang menuntut Sabah dari Malaysia. Pergilah kamu!
Tapi jangan lupa orang Indonesia sendiri tidak boleh sesuka hati bermastautin di wilayah orang lain. Seperti contoh orang Jawa tidak senang senang menjadi penduduk Aceh, begitu juga Sulawesi dan lain lain. Kalau pun tidak dilarang berasaskan pemerintahan daerah tapi pasti orang tempatan pelan pelan akan berbalah dengan pendatang hingga pendatang terpaksa balik ke wilayah atau daerah asal. Begitu berhaknya mereka menjaga kedaulatan wilayah masing masing.
Filipina pun ada ceritanya, tidak pernah tercatat dalam sejarah pemimpin bukan Tagalog dilantik sebagai Presiden Filipina. Maksudnya sesama orang Filipina pun ada kasta bangsa sebagai pemisah.
Bayangkan pula Sabah ada hak imigresen berbanding negeri negeri lain. Sudah tentu ada hak dan tidak boleh dipersoalkan sekiranya melarang orang luar dari memasuki Sabah, atas alasan apa sekalipun.
Siapa lagi selepas ini tidak kiralah dari Semenanjung atau rakyat Sabah yang akan dilarang bermastautin di Sabah. Tidak kisahlah termasuk mereka yang berbangsa Cina dan India, apa lagi kalau pro Warisan. Hahaha!






















Leave a Reply