
Hari ini Parti Kesejahteraan Demokratik Masyarakat, KDM menamatkan kerjasama dengan GRS. Keputusan disampaikan sendiri oleh pemangku Presiden KDM Pricella Peter. Setelah mendapat persetujuan dari kepimpinan parti.
Ini bukan kali pertama KDM meninggalkan rakan kerjasama dan sekutu.
Tahun 2022 KDMR berhasrat menyertai GRS tapi belum sempat dimuktamadkan. Pada 2023 KDM berkompromi dengan Warisan dan UMNO cuba menjatuhkan kerajaan GRS namun gagal. Pada tahun 2025 KDM mengumumkan bergerak solo bagi menghadapi pilihan raya negeri ke 17.
Pada 2025 berbekalkan satu kerusi KDM ikut serta membentuk kerajaan Sabah bersama GRS.
Tahun 2026 sekali lagi KDM meninggalkan GRS bagi membolehkan mereka berbincang dengan Warisan dan STAR untuk menghadapi pilihan raya parlimen akan datang.
Terpusing pusing perjuangan KDM macam gasing. Apa lagi selepas ini?






















Leave a Reply