
Aku nampak video Presiden Warisan dan barisan pimpinnnya mengadakan sidang media.
Aku dengar pelabuhan Sepanggar menjadi modal politik. Persoalan remeh tapi dipolitikkan. Siapa tidak kenal retorik Shafie.
Kesesakan Pelabuhan Sepanggar bukan kerana kelengkapan dan birokrasi pentadbiran. Tapi antara utama lain akibat segelintir atitud kakitangannnya, berkira dan kuat beralasan menyebabkan kapal berlabuh berhari hari.
Pertanyaannya ini juga kesalahan pentadbiran kerajaan negeri kah?
Rupanya sidang media itu tentang kerjasama Warisan, KDM dan STAR.
Kerjasama bersama KDM sudah pasti, begitu juga kerjasama dengan STAR. Tapi belum tentu pemimpin utama lain dan penyokong STAR sudi bekerjasama dengan Warisan.
PRN baru ini menunjukkan KDM dan STAR kalah teruk. Sakan teruknya kekalahan tiga parti ini, 23 calon Warisan hilang wang deposit, KDM 30 calon manakala STAR nombor satu paling teruk 36 calon.
Tapi di sidang media tadi Shafie bagai pembangkang yang kuat dan terus memberikan harapan palsu.
Siapa yang percaya pada harapan palsu kepimpinan Warisan maka merekalah yang rugi besar, menjadi mangsa keadaan, mundur dan terpinggir.
Pada pilihan raya Parlimen 2022 Warisan hanya memenangi tiga kerusi. Semporna, Lahad Datu dan Kota Belud.
Mungkin Shafie ingat sokongan kaum Cina berkekalan hingga pilihan raya Parlimen akan datang, terutama dikawasan bandar. Seperti Sepanggar, Penampang dan Kota Kinabalu?.
Tapi yang berlaku sebaliknya.
Dua hari lepas, aku bersembang dengan lelaki Cina seorang businessman. Mula aku nasihatkan agar pada pilihan raya umum akan datang jangan lagi mengundi Warisan.
Dia balas, sebenarnya pada pilihan raya negeri lepas mereka sengaja bagi peluang pada sama Shafie berdasarkan dakwaannya yang berapi api. Di tambah pemimpin Cina pro Warisan berjaya menyakinkan mereka.
Tapi keputusan pilihan raya menunjukkan Warisan kalah dan gagal menjadi kerajaan negeri.
Warisan kalah sebab majoriti orang tempatan tidak lagi mempercayai politik Shafie Apdal yang penuh harapan palsu dan hanya membuat mereka menjadi mangsa keadaan. Sebaliknya masyarakat Sabah yakin dan percaya pada kepimpinan Datuk Hajiji Noor selaku Presiden GRS.






















Leave a Reply