Pro Warisan Desak Kerajaan Roboh Kampung Numbuk, Habis Itu Apa?

Ini cerita yang cuba diviralkan oleh pemimpin dan macai Warisan. Cerita cuba membangga banggakan diri tapi muslihat jahat di sebaliknya lebih tepat memperbodoh kerajaan GRS dan masyarakat Sabah.

Kiranya mereka sedang merangka strategi dan jika berjaya, mereka adalah pemenangnya dan ibarat masuk rumah baru serba lengkap dan bersih. Sokongan juga bertambah sebab menganggap mereka hero.

Mereka melalui saluran rasmi mendesak kerajaan negeri agar merobohkan Kampung Numbuk dan sekitarnya kerana dianggap perkampungan setinggan.

Walaupun dianggap setinggan tapi tidak bermakna hanya dihuni oleh PTI. Ramai juga disana keluarga PTI yang boleh mengundi. Malah ramai juga orang tempatan yang menumpang di perkampungan berkenaan. 

Pelik bukan, pemimpin dan penyokong Warisan sendiri yang mendesak kerajaan supaya merobohka perkampungan setinggan walhal penghuninya juga penyokong Warisan. Memang tidak boleh pakai persis kejahatan yang kita dengar tentang makhluk mata satu yang digelar dajal.

Semasa Shafie Apdal jadi Ketua Menteri Sabah kenapa kampung kampung yang dinyatakan tidak dirobohkan. Sebab takut kehilangan sokongan sekaligus undi? itu namanya sikap pemimpin yang tidak bermoral dan tidak bertanggungjawab serta hipokrit. Pui!

Semasa Shafie jadi Ketua Menteri Sabah, kenapa tiada satupun kampung di Sabah yang diwartakan?

Pemimpin seperti ini wajib di nyahkan dari dunia politik Sabah. Pemimpin hanya pandai memanipulasi keadaan hingga mereka yang tidak berdosa menjadi mangsa keadaan.

Pertanyaannya!

Seandainya perkampungan berkenaan dirobohkan oleh kerajaan GRS. Adakah penyokong dan ahli meninggalkan parti Warisan dan menyokong GRS?

Sudah tentulah tidak malah marah dan  terus hidup sebagai totok Warisan. Sedangkan pihak yang mendesak dirobohkan adalah dari kumpulan mereka juga yakni pemimpin dan penyokong Warisan.

Bagaimana pula soal tenaga kerja siapa yang akan menggantikan mereka di premis restoran, runcit dan terutama buruh binaan?

Makanya serahkan perkara ini pada kebijaksam pemerintah. Biar kerajaan yang selesaikan yang sudah pasti menuntut tempoh masa tertentu.

Cukup cukuplah jadi manusia munafik. Belum nampak lagi kah, pilihan raya silih berganti namun Warisan sentiasa kalah.

Kesimpulannya sama ada perkampungan berkenaan dirobohkan atau tidak, terserah pada kerajaan kebijaksanaan pemerintah Sabah bukan akibat desakan pembangkang Warisan. Sebab kalau tidak, mereka akan menganggap kerajaan ini budak suruhan.

Leave a Reply

Powered by WordPress.com.

Up ↑

Discover more from JALINLUIN.COM

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading