Kemampuan Arthur Kurup Dipersoal UMNO Sabah

Baru kali ini pemimpin Sabah berbangsa KDM dilantik sebagai Pengerusi BN Sabah tapi sudah mula mendapat tentangan dari pemimpin UMNO itu sendiri.

Orang kata kerusi empuk belum panas tapi ada sudah komplot menjatuhkan Arthur Kurup.

Arthur Kurup adalah Ketua PBRS yang bertapak di Sabah. Pada June 2026 Presiden UMNO melantiknya sebagai Pengerusi BN Sabah.

Kamu ingat tindakan Ketua UMNO Tawau Ghazalie Ansing itu saja saja kah? TIDAK. Ada tu pemimpin utama UMNO Sabah di belakangnya menjadi arkitek hingga jawatan Pengerusi BN ditarik balik dari Arthur Kurup.

Logiknya apa bha yang ditahu oleh si Ghazalie kalau setakat Ketua Bahagian UMNO itupun dikubo GRS, Tawau.

Menurut Ketua Bahagian UMNO Tawau Ghazalie Ansing. Arthur Kurup tidak hadir berkempen di dua pilihan raya negeri Johor dan Negeri Sembilan yang menyaksikan UMNO mendapat kemenangan.

Pokoknya Arthur dianggap pemimpin yang tidak berguna.

Arthur tidak bodoh, mana dia mahu pengundi PBRS yang majoriti KDMR menganggapnya sangat pro UMNO. Arthur sedar hari ini majoriti Sabahan ingin menamatkan riwayat UMNO di bumi Sabah.

Baru dua pilihan raya, UMNO sudah mulai  menunjukkan keangkuhan mereka.

UMNO balik ke perangai asal, sombong bodoh.

Sedangkan kemenangan UMNO di Johor dan Negeri Sembilan boleh dipersoalkan. Terutama negeri Sembilan.

Dimana UMNO hanya memenangi 16 kerusi  dan  MCA 2 kerusi itu yang mengetuai kemenangan dan menjadi Menteri Besar negeri Sembilan tu.

Kita jangan kira kerusi yang dimenangi PAS dan Wawasan sebanyak 7 kerusi. Kita anggap tidak terlibat membentuk kerajaan negeri.

Sedangkan PH memenangi 11 kerusi seandainya dicampur dengan kerusi PAS dan Wawasan maka semuanya 18 kerusi.

Dimana kekuataan UMNO?

Suka atau tidak, kerajaan negeri Sembilan  tidak kukuh, bila bila DUN boleh dibubarkan.

Leave a Reply

Powered by WordPress.com.

Up ↑