
Adun Kapayan atau lebih tepat kepimpinan Warisan memfailkan semakan kehakiman terhadap Speaker DUN Sabah.
Begini ceritanya.
Adun Kapayan, Chin Tek Ming mendakwa pada 29hb April 2026, speaker DUN telah secara rasmi menolak usulnya. Usul itu meminta kerajaan Persekutuan supaya menyatakan hasil Sabah yang telah dikutip dari tahun 2022 hingga 2025.
Oleh kerana itulah Adun Kapayan memfailkan semakan kehakiman terhadap Speaker DUN Sabah.
Sebenarnya usul itu tidak lagi relevan dan ketinggalan bas. Tidak relevan sebab kerajaan Sabah hari ini lebih cakna soal perjanjian Malaysia dan hak hak Sabah.
Justeru itulah Speaker DUN Sabah menolak usul berkenaan.
Selama ini kerajaan negeri, GRS telah bertindak lebih awal. Pada tahun 10 June 2022 bersama surat tuntutan 40% Sabah. Kementerian Kewangan Sabah, Datuk Masidi telah menghantar surat rasmi ke Federal atau Kementerian Kewangan agar penyata hasil Sabah dari tahun 2022 hingga tahun 2025 dimaklumkan kepada kerajaan Sabah.
Hasilnya Kerajaan GRS berjaya menuntut 40% hasil Sabah (interim) jauh lebih banyak berbanding kerajaan Warisan.
Perlu diketahui beberapa perkara oleh wakil wakil rakyat Warisan. Agar lain kali kalau mengemukakan usul, dilihat terlebih dahulu dari konteks ini, supaya tidak mengada ngada dan usul itu benar benar untuk kebaikan bersama. Bukan untuk kepentingan politik parti Warisan selaku pembangkang;
Fungsi Kerajaan Persekutuan – mentadbir perkara seperti pertahanan, hubungan luar negara, kewangan, pendidikan, kewarganegaraan dan keselamatan.
Begitu juga soal tanggungjawab Speaker DUN. Agar
- Mempengerusikan persidangan DUN.
- Memberi kebenaran kepada Ahli Dewan untuk bercakap dan menentukan giliran perbahasan.
- Menggantung atau mengarahkan Ahli Dewan keluar jika melanggar peraturan atau mengganggu perjalanan sidang.
- Menentukan sama ada sesuatu usul atau soalan boleh diterima untuk dibahaskan mengikut peraturan.
- Secara ringkas, Speaker DUN Sabah bukanlah ahli yang mentadbir kerajaan, sebaliknya bertindak sebagai pengerusi yang berkecuali bagi memastikan semua urusan Dewan berjalan mengikut undang-undang, peraturan dan amalan demokrasi.
Presiden Warisan, Shafie Apdal adalah juga ahli Parlimen Semporna. Maka mengikut haraki demokrasi, sewajarnya Shafie membangkitkan usul persendirian Adun Kapayan berkenaan di sidang Parlimen atau Dewan Negara. Bukan apa yang sering dilakukan Shafie. Setakat berhujah soal kononnya rakyat, sedangkan di Sabah perjanjian Malaysia 1963 dan hasil Sabah 40% menjadi modal utama parti Warisan.
Persoalannya kenapa tidak dilakukan oleh Shafie Apdal?





















Leave a Reply