
Sejurus mendapat artikel yang dikongsi oleh kawan dari Penampang. Aku berhenti sekejap di Ranau untuk mendraft artikel ini.
Akibat menghina inkues Mahkamah koroner berhubung kematian Zara Qairina. Shafie di dapati bersalah oleh Mahkamah Sesyen Papar dan di jatuhkan hukuman penjara 5 minggu serta denda RM300.
Kalau kita gunakan bahasa pasar agar lebih jelas, maka bunyi berita akan seperti ini. Shafie dihukum penjara lima minggu kerana berbohong berkaitan perbicaraan di Mahkamah.
Semasa berucap bagi menghadapi pilihan raya Sabah ke 17 di Kinabatangan dan Tuaran pada tahun lalu, Shafie mendakwa kematian Zara sebagai ‘pembunuhan’ dan mempersoal tindakan pihak polis dalam mengendalikan kes itu.
Bagaimanapun, Hakim Amir Shah Amir Hassan membenarkan pelaksanaan hukuman itu ditangguhkan sementara menunggu rayuan Ahli Parlimen Semporna berkenaan di Mahkamah Tinggi.
Ini bukan kali pertama Shafie Apdal didapati bersalah oleh Mahkamah. Sebelum ini Mahkamah Kota Kinabalu mendapati Shafie Apdal bersalah kerana memfitnah Datuk Haris Salleh.
Menunjukkan kredibiliti dan integiri kepimpinan Shafie Apdal berada pada tahap yang paling bawah. Kualiti yang sukar diterima oleh masyarakat yang berfikiran matang.
Mungkin ramai yang belum tahu siapa individu yang mendesak agar Shafie Apdal diheret ke muka pengadilan.
Individu itu ialah peguam bela tertuduh Datuk Ram Singh. Ertinya jika Shafie yakin berlaku penganiayaan terhadap arwah Zara Qairina, maka sepatutnya ketika itu lagi dia tampil membuat laporan Polis terhadap Datuk Ram Singh dan Polis Negeri Sabah kerana sengaja menyembunyikan fakta kematian arwah.
Sekarang pun kalau Shafie merasa tercabar dan menganggap dirinya hero, masih lagi boleh membuat laporan Polis.
Tapi Shafie terus menikus. Bukan apa sebab tujuan asal Shafie membangkitkan kematian Zara Qairina Mahathir adalah untuk menarik masyarakat agar mengundi calon Warisan pada pilihan raya negeri Sabah ke 17 baru ini, tapi tidak berkesan.
Sekarang terimalah akibatnya.






















Leave a Reply