Kenyataan Media Berkaitan Keputusan Hina Mahkamah Hanyalah Alasan Shafie Semata Mata

Susulan keputusan Mahkamah Sesyen Papar menjatuhkan hukuman penjara lima minggu serta denda RM300 terhadap Shafie Apdal. Akibat menghina inkues perbicaraan kematian Zara Qairina.

https://jalinluin.com/2026/07/30/shafie-apdal-penjara-5-minggu-akibat-hina-perbicaraan-zara-qairina/

Menghina dalam erti kata bukan hanya menghina ketelusan proses perbicaraan tapi juga memandang serong keterlibatan pihak Polis semasa menjalankan siasatan.

Rentetan itu Shafie Apdal mengeluarkan kenyataan media seolah olah terbuka menerima keputusan Mahkamah. Walhal kalau kita amati kandungannya. Sebenarnya sekali lagi Shafie cuba memanipulasinya dengan membabitkan rakyat.

Seperti contoh Shafie mendakwa dia mewakili rakyat. Pertanyaannya, rakyat yang mana? jika benar rakyat telah melantiknya sebagai wakil mereka. Maka sudah tentulah parti Warisan menang besar dalam pilihan raya negeri ke 17 dan membentuk kerajaan negeri. Tapi yang berlaku malah sebaliknya 23 calon Warisan hilang wang deposit.

Membuktikan kenyataan media itu hanyalah alasan semata mata dan untuk mengekalkan sokongan totok Warisan.

Kenyataan media ini hanya boleh diterima akal   sekiranya waktu itu Shafie ada  membuat laporan Polis terhadap pihak yang bersangkutan, bagi membuktikan kesungguhannya dan tidak bertujuan politik.

Siapapun boleh membuat kenyataan media bagi menafikan keputusan Mahkamah.

Leave a Reply

Powered by WordPress.com.

Up ↑