Yb Inanam Mengeluh Sedangkan Gagal Memikul Tanggungjawabnya

Apa faedah Yb Warisan turun padang berbulan bulan kalau juga tiada penyelesaiannya.

Sepatutnya selagi tiada penyelesaian selagi itu jangan mengeluh dan jangan ambil gaji dan elaun. Sebab itulah tujuan mereka dibayar gaji untuk menyelesaikan keluhan masyarakat yang mengundi mereka.

Walaupun sebenarnya gaji yang mereka dapat itu banyak disumbangkan oleh masyarakat pro GRS berbanding penyokong Warisan. Tengok saja kualiti penyokong Warisan berapa sangat sumbangan mereka pada pemerintah. Malah sebaliknya hanya menambah kos pemerintah.

Turun padang tapi tetap berharap pada bantuan kerajaan Negeri atau Perseketuan dalam masa yang sama terus melecehkan dan memfitnah pentadbiran kerajaan. Macam mana tu?

Kalau kita gambarkan pemimpin dan laskar Warisan mereka seumpama anjing kelaparan. Maka apa akan berlaku jika setiap kali anjing dibagi makan, lepas itu kepala mereka diketuk. Sudah tentu anjing itu akan lari dan tidak akan datang.

Boleh jak DUN yang diwakili Warisan dibantu tetapi bersyarat. Kita minta wakil rakyat Warisan jujur pada pemerintah dan masyarakat yang di wakili.

Tunjukkan transaksi perbelanjaan dari sumber gaji, elaun dan peruntukan DUN yang dibayar pada mereka. Tidak kiralah peruntukan itu dari negeri mahupun persekutuan. Lepas itu buktikan di lapangan ia telah menyenangkan kawasan dan masyarakat yang mereka wakili.

Paling penting lepas itu umumkan pada masyarakat siapa sebenarnya yang telah membantu.

Kalau itu mereka lakukan, aku yakin serba sedikit pemerintah akan membantu mereka.

Leave a Reply

Powered by WordPress.com.

Up ↑

Discover more from JALINLUIN.COM

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading