Geng Upik Jalani Tuduhan Baharu, Penggubalan Wang Haram

Kiranya ini antara pertuduhan baru ke atas Geng Upik yang diketuai Maslan Sani.

Pertuduhan sebelum ini berkaitan pengedaran dadah di Sabah di dapati bersalah oleh Mahkamah dan dijatuhkan hukuman penjara lima tahun dan telah pun dia jalani.

Tampak hukuman lima tahun  tidak setimpal sebab pihak pendakwa gagal mengemukan bukti penuh aktiviti pengedaran yang dijalankan oleh Si Maslan Sani.

Untuk makluman antara peguam yang membela si Maslan Sani (Geng Upik) semasa perbicaraan berhubung pengedaran dadah antara lain kini wakil rakyat Warisan.

Kiranya pertuduhan membabitkan pengubahan wang haram ini, adalah pendakwaan terbaru. Perkataan yang lebih sesuai dan tepat pendakwaan kerana cuci wang haram yang dijalankan melalui beberapa premis yang disebutkan dibawah.


KOTA KINABALU: Ketua kumpulan jenayah terancang dikenali sebagai ‘Geng Upik’ berdepan sembilan pertuduhan pengubahan wang haram membabitkan jumlah keseluruhan RM821,950 ketika dihadapkan ke mahkamah, di sini, pada Selasa.

Tertuduh, Maslan Sani, didakwa mengikut Seksyen 4(1)(b) Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram, Pencegahan Pembiayaan Keganasan dan Hasil Daripada Aktiviti Haram 2001 (Akta 613), yang boleh dihukum di bawah subseksyen 4(1) akta yang sama.

Berdasarkan kertas pertuduhan, tertuduh didakwa menerima wang hasil daripada aktiviti haram melalui deposit tunai ke dalam akaun CIMB Islamic miliknya di beberapa cawangan di seluruh Sabah antara Januari hingga Disember 2016.

Tertuduh antara lain didakwa menerima dalam akaunnya sebanyak RM284,400 di CIMB cawangan Tawau, RM175,090 di cawangan Inanam, RM139,700 di Lahad Datu dan RM129,200 melalui satu akaun berasingan.

Maslan turut berdepan beberapa pertuduhan membabitkan deposit tunai di cawangan Api-Api Centre, Bundusan, Jalan Sagunting, 1Borneo Hypermall dan City Mall di Kota Kinabalu.

Tertuduh mengaku tidak bersalah terhadap kesemua pertuduhan.

Jika sabit kesalahan, tertuduh boleh dipenjarakan sehingga 15 tahun dan didenda tidak kurang lima kali ganda jumlah atau nilai hasil daripada aktiviti haram terbabit, atau RM5 juta, mengikut mana lebih tinggi.

Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Mohd Ashrof Adrin Kamarul dari Unit Jenayah Pengubahan Wang Haram dan Pelucuthakan Hasil Jenayah, Jabatan Peguam Negara, manakala tertuduh diwakili peguam Abdul Fikry Jaafar dan Azhier Farhan Arisin.

Mahkamah menetapkan tarikh sebutan semula pada 11 Ogos 2026 di hadapan Hakim Mahkamah Sesyen, Zaini Fishir @ Fisal.

Siasatan Polis Diraja Malaysia (PDRM) sejak Oktober 2021 mengaitkan tertuduh dengan sebuah kumpulan jenayah terancang yang disiasat mengikut peruntukan di bawah Kanun Keseksaan. – Info X

Leave a Reply

Powered by WordPress.com.

Up ↑

Discover more from JALINLUIN.COM

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading