Tadi pagi lagi berita ini viral. Tapi tidak apa aku tulis balik sebab ada aku mau tambah.
Ketua Wiranita STAR Bahagian Bingkor N.40, Jennifer Epil dan beberapa lagi Ahli Jawatankuasa Bahagian bertindak meninggalkan parti STAR.
Dramatik barang ni. Sebelum ini viral gambar Presiden STAR Jeffrey Kitingan dan Presiden Warisan Shafie Apdal sama sama menghadiri sambutan Kaamatan di Keningau.
Selang beberapa waktu si Shafie ditanya, apa sebenarnya yang berlaku. Shafie menjelaskan Jeffrey yang mempelawanya untuk hadir di sambutan berkenaan.
Justeru aku menjangkakan sebab utama Jennifer Epil bertindak meninggalkan STAR adalah kerana tidak sanggup menerima jajaran baru yang dirancang bersama Warisan. Selain alasan klise dibawah.
Nampaknya tidak lama lagi STAR akan gulung tukar sebelum Warisan yang juga tidak lagi diminati oleh majoriti masyarakat Bajau dan Suluk.

KENINGAU: Ketua Wiranita Parti Solidariti Tanah Airku (STAR Sabah) Bahagian N.40 Bingkor yang juga Naib Exco Wiranita STAR Sabah, Jennifer Epil, mengumumkan peletakan semua jawatan dalam parti serta penarikan diri daripada keanggotaan STAR Sabah, berkuat kuasa serta-merta.
Jennifer berkata, keputusan itu turut disertai sebahagian Ahli Jawatankuasa Wiranita STAR Sabah Bahagian N.40 Bingkor yang sebulat suara memutuskan untuk meninggalkan parti selepas melalui pertimbangan yang teliti.
Menurut beliau, keputusan tersebut dibuat selepas mengambil kira pelbagai faktor, termasuk hala tuju perjuangan parti, aspirasi semasa serta ruang dan peranan wanita dalam landskap politik tempatan yang disifatkan tidak lagi selari dengan prinsip dan pendirian mereka.
“Keputusan ini bukan dibuat secara tergesa-gesa, sebaliknya selepas melalui pertimbangan yang mendalam demi memastikan langkah yang diambil selaras dengan nilai dan prinsip perjuangan yang kami yakini,” katanya dalam satu kenyataan.
Pada masa sama, Jennifer merakamkan penghargaan kepada kepimpinan STAR Sabah atas kepercayaan, peluang dan pengalaman yang diberikan sepanjang penglibatannya dalam parti.
Katanya, pengalaman tersebut banyak membentuk dirinya serta rakan-rakan menjadi pemimpin wanita yang lebih berani, bertanggungjawab dan peka terhadap kepentingan rakyat serta pembangunan Sabah.
Jennifer turut menegaskan bahawa pengundurannya daripada parti tidak bermakna perjuangannya untuk berkhidmat kepada masyarakat telah berakhir.
Sebaliknya, beliau berkata, beliau bersama rakan-rakan akan terus menyumbang kepada rakyat dalam kapasiti yang lebih sesuai, berkesan dan selaras dengan nilai serta prinsip perjuangan yang diyakini.
“Kami akan terus berbakti kepada masyarakat dan menyumbang kepada pembangunan negeri melalui saluran yang kami percaya mampu memberikan manfaat yang lebih besar kepada rakyat,” katanya.






















Leave a Reply