“Mahasiswa” Kenapa Kamu Pilih Pilih Isu?

Satu entri pembangkang bertajuk Kenapa Pilih Pilih Bulu!. Mari kita berikan sedikit tentangan.

Mereka mendakwa NGO pro Kerajaan pilih bulu, hanya bersuara pasal skandal RM1.5 bilion yang memalitkan Shafie Apdal.

Tuduhan yang tidak benar dan sesuai ditujukan pada diri mereka, Ini membuktikan penyokong pembangkang termasuk “Mahasiswa UMS” tidak berpendirian walaupun sikap ini yang mereka cuba jual pada masyarakat.

Pendirian olok olok  untuk menegakkan benang basah dan cuba mengangkat tuduhan yang dihadapi oleh pemerintah setinggi langit. Sampai sanggup mengadakan kononnya perhimpunan melawan rasuah.

Siapa sebenarnya yang terpalit rasuah? skandal mineral yang membabitkan beberapa pemimpin GRS sikit pun tidak melibatkan wang rakyat. Tapi kalau skandal RM1.5 bilion yang memalitkan Shafie Apdal sesungguhnya ia tidak boleh disangkal. Aku boleh buktikan walaupun bukan dalam bentuk transaksi wang, tapi cukup kita nilai hasilnya.

Prasarana apa yang telah disediakan oleh Shafie semasa berjawatan Menteri KKLW dan iadinikmati oleh rakyat Sabah sehingga hari ini. TIADA! Lalu ke mana peruntukan Kementerian KKLW yang mencecah 5 bilion dibelanjakan?

Prasarana yang sepatutnya dibina menggunakan peruntukan sebanyak itu seperti  bekalan air dan letrik serta membina dan membaiki jalan raya luar bandar. Tapi tidak berlaku! itulah antara bukti mudah yang aku boleh berikan tanpa perlu menilai kekayaan kroni dan kerabat Shafie.

Penyokong Warisan cuba menafikan matlamat perhimpunan pro kerajaan yang menuntut agar Shafie Apdal disiasat berkaitan RM15 bilion sekaligus diheret ke Mahkamah.

Dengan alasan skandal KKLW RM1.5 bilion telah selesai, berdasarkan pengumuman di Dewan Negara. Oleh itu  tidak boleh lagi konok dibangkitkan. Lebih kurang begitu maksud yang cuba disampaikan pada masyarakat.

Selesai yang bagaimana, para mangkuk oi!

Hanya Mahkamah dan Peguam Negara yang ada kuasa dan layak mengumumkn satu satu kes rasuah sama ada telah selesai atau belum.

Bukan Ahli Parlimen yang dilantik menjadi Menteri apa lagi melibatkan Presiden Parti Warisan itu sendiri.

Yang mengumumkan skandal rasuah  Shafie telah selesai atau NFL ialah Menteri Undang Undang VK Liew dari parti Warisan yang membabitkan bosnya, Presiden Warisan Shafie yang juga ketika itu berjawatan Ketua Menteri Sabah.

Janggal dan melanggar fitrah bukan?

Jadi aku mau bertanya siapa percaya kalau skandal RM1.5 telah selesai atau NFL?

Justeru  yang memilih memilih kes bukan NGO pro kerajaan tapi penyokong pembangkang dan mana mana NGO termasuk “Mahasiswa” UMS.

Angkat sekali skandal Shafie Apdal, jika benar bagai dikata wahai sekalian pro pembangkang. Hahaha!

Leave a Reply

Powered by WordPress.com.

Up ↑

Discover more from JALINLUIN.COM

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading