ADUN Banggi Bagi Setapak Di Muka Naib Wira Warisan, Si Khairudin

Mari kita ulang siar bagaimana  ADUN Banggi menyekolahkanNaib Wira Warisan, Khairudin Daud. Ibarat kena setapak di muka.

Terdahulu Khairudin Daud mendakwa rakyat Banggi masih menunggu kemudahan asas. Kononnya kerajaan GRS gagal. 

Tuduhan yang tidak bertanggungjawab sengaja mencari celah walhal kalau saja dia meninjau kampung yang diwakili parti Warisan. Nanti dia dapati keadaannya sangat daif dan pelik bagaimana masyarakat mengundi calon partinya. Adakah masyarakat kampung yang mengundi calon Warisan majoritiย  tidak berpendidikan atau naif. Mungkin juga, yang pasti bukan kerana faktor calon yang berkualiti.

Aku yakin pemimpin Warisan sendiri tahu kalau Shafie semasa berjawatan Menteri KKLW dan Ketua Menteri Sabah  gagal memikul tanggungjawabnya dan tidak amanah. Tapi sengaja mereka butakan mata, macam si Khairudin ini.

Begitu juga kemajuan yang dicapai oleh negeri Sabah hari ini berbanding semasa Warisan jadi parti pemerintah. Mereka nampak tapi sengaja membutakan hati.

Kalau kita tengok  jambatan yang dimanipulasi oleh si Khairudin itu, macam masih boleh digunakan  berbanding  jambatan di kampung kampung yang diwakili ADUN Warisan khususnya di Semporna dan Lahad Datu.  Aku cakap kau, ia sangat teruk hanya sesuai untuk laluan  monyet dan kucing. Tapi kamu dengar kenyataan Shafie tatkala mempersoal keperluan asas di daerah orang. Macam betul walhal daerah Semporna sendiri, macam aku jelaskan diatas.

Ikuti bagaimana ADUN Banggi menyekolahkan Ketua Wira, Warisan Khairudin Daud. Amat memalukan!


Mau ambil kreditpun janganlah kasih nampak kegelojohan mau sangat menonjol jadi calon, dulu saya sudah ingatkan kalau mahu angkat isu buat study atau kajian. Saya tidak suka guna bahasa kesat, tapi lama kelamaan kamu ni buat ramai orang meluat. Sikit jah saya mahu sentuh DIN.

1. Pertama patutnya kau rujuk bos kau dulu mantan menteri KKLW kenapa Banggi ini tercicir dari pelbagai kemudahan waktu dia menteri KKDW berapa penggal? Jangan lupa juga minta dia perincikan jumlah peruntukan Projek AGRO POLITAN dan program-program dalam projek itu yang mana saya kira antara lainnya elektrik, jalan raya dan air ada dalam projek mega itu, serta tanya juga apa kesudahan dan keberkesanan projek ini bersekali dengan kesannya pada ekonomi orang Banggi?

2. Kedua DIN, tanya dia apa jawapan standardnya bila saya jumpa dia bawakan isu dan permohonan kemudahan asas di Banggi? Ops saya bagi sikit bayangan, “Mohammad kau jangan berprojek”. DIN type beginikah kau mahu angkat balik jadi ketua menteri? Bukan bantu selesaikan isu rakyat, malah kau jauh dari mahu ambil peduli dan imphati. Patut tanya dan dapatkan maklumat akan kepentingan kemudahan yang YB kawasan angkat ini.

3. Ketiga DIN, sebelum kau up isu ini kau iskulah dulu. Baru-baru ini YAB Perdana Menteri sudah umum peruntukan besar untuk Banggi selesaikan termasuk isu jambatan yang kau pijak itu  (jambatan rosak ini pun dulu peruntukan ADUN yang saya turunkan tapi akibat cuaca buruk jambatan ini roboh, kau masih mahu sembang saya tidak ambil peduli) berGAMBAL SAMBOI kono, jambatan itu antara 5@6 jambatan sungai yang akan dibina dan satu daripadanya sudah bermula di Kg. Pasir Hitam seperti dalam gambar yang saya muat naik ini. SABALAN bah kamu DIN.
4. Keempat DIN, esok lusa kalau sudah jambatan ini selesai dan jalan sudah ada maka senanglah bawa masuk peruntukan ke kampung-kampung sekitar sana termasuklah DOGOTON.

5. Din oh Din..cukup ini saja dulu ya. Banyak lagi mahu cerita ni tapi simpan dulu.

Leave a Reply

Powered by WordPress.com.

Up ↑

Discover more from JALINLUIN.COM

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading