Interim 40% Dinaikkan Menjadi RM1.5 Bilion Mulai 2026 – Tahniah Anwar/Hajiji

Hari ini Perdana Menteri Malaysia Anwar Ibrahim semasa berucap di majlis perasmian pesta Kaamatan peringkat negeri tahun 2026 mengumumkan menambah nilai interim dari RM600 juta sebelum ini menjadi RM1.5 bilion setiap tahun, bermula June atau Disember 2026.

Pemberian interim telah melalui beberapa fasa sejak perjanjian Malaysia 1963 dimeterai.

Tahun 1969 hingga 2019 Sabah menerima RM26.7 juta.

Tahun 2020 yakni semasa kerajaan Warisan, parti yang  lantang mempolitikan  40% tapi hanya menerima atau mendapat RM53.4 juta. Walaupun ketika itu Perdana Menteri Malaysia adalah  Tun Dr Mahathir dari parti Bersatu yang menjadi sekutu Warisan hingga berjaya menumbangkan kerajaan persekutuan yang ditadbir oleh UMNO.

Tahun 2022 hingga 2026 giliran GRS menjaga negeri Sabah yang diketuai Datuk Hajiji Noor. Era dimana Sabah mulai menerima bayaran interim yang signifan dari konteks 40%.

Tahun 2022 Sabah menerima RM125.6 juta, tahun 2023 RM260 juta, tahun 2024 RM300 juta, tahun 2025 RM600 juta dan tahun 2026 Perdana Menteri Malaysia Anwar mengumumkan peningkatan menjadi RM1.5 bilion.

Tahniah dan terima kasih Perdana Menteri Malaysia Datuk  Anwar Ibrahim yang mengetuai kerajaan Madani diperingkat persekutuan dan Ketua Menteri Sabah, Datuk Hajiji Noor yang mengetuai negeri dan rakyat Sabah.

Kamu tidak mempolitikkan perjanjian Malaysia 1963 tapi beransur ansur berjaya menuntut dan menunaikan hak rakyat Sabah. Terutama berkaitan hasil Sabah 40% yang selama ini menjadi senjata utama   pembangkang Warisan, namun cakap saja banyak dan tidak serupa bikin.

Leave a Reply

Powered by WordPress.com.

Up ↑

Discover more from JALINLUIN.COM

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading