
Semalam dalam ucapan Madius Tangau mengajak semua Adun agar bersatu menuntut hasil Sabah 40%.
Seolah olah ada ADUN yang tidak menyokong tuntutan hasil Sabah.
Aku tidak pasti Adun mana yang dia maksudkan, kalau Adun GRS jelas menuntutnya hingga berlaku tiga perkara besar dari konteks perjanjian Malaysia 1963.
- Tertubuhnya Jawatankuasa Menuntut Hasil Sabah (JKMHS)
- Hasil Sabah sebelum dimuktamadkan dibayar secara interim dan jumlahnya mencecah 600 Juta, nilai yang tidak pernah diterima oleh kerajaan Sabah selama perjanjian Malaysia 1963 dimeterai.
- Hanya kerajaan GRS yang menuntut hasil Sabah 40% melalui sistem kehakiman atau Mahkamah Kota Kinabalu dan berjaya.
Pada hakikatnya menuntut hasil Sabah 40% menjadi keutamaan negeri bukan hanya kerana ia telah termaktub sekaligus membentuk Malaysia. Tapi juga kerajaan Sabah amat memerlukan dana bagi membangun negeri dan rakyat Sabah. Ertinya sebesar besar jiwa Madius menuntut hasil Sabah 40% lebih besar lagi jiwa Ketua Menteri Sabah, Datuk Hajiji Noor kerna beliau yang merancang pembangunan dan melaksanakannya.
Mungkin juga Adun UMNO yang dimaksudkan sebab tampak mereka paling sepi dalam soal ini. Malah sebelum ini ada kenyataan pemimpin UMNO yang menganggap menuntut hak hak Sabah hanyalah retorik politik dan jika menjadi kenyataan maka persekutuan akan bankrap.
Atau yang dimaksudkan tapi agak segan ialah kepimpinan Warisan. Memandangkan semasa kerajaan Warisan Madius menyandang jawatan Timbalan Ketua Menteri Sabah so dia tahu sejauh mana kesungguhan kerajaan Warisan yang diketuai Shafie Apdal menuntut perjanjian Malaysia 1963 atau lebih khusus hasil Sabah 40%.






















Leave a Reply