
Mamat Indon aka mental tertolol sedunia ini rupanya yang mendakwa 70% mangsa kebakaran di Kampung Bahagia, Sandakan tiada dokumen diri dan pemerintah akan kononnya memberikan mereka keterangan diri secara pukal. Dakwaan hoax dan melampau yang biasa terjadi di Indonesia tapi begitu pun masih boleh diterima bulat bulat oleh rakyatnya.
Justeru itu juga jangan hairan kenapa hoax sebesar itu mudah viral di Malaysia sebab di Malaysia sendiri ada lebih 300 ribu PTI dari negara Indonesia.
Tujuan dakwaan mengarut itu supaya penduduk Sabah marah pada kerajaan GRS. Apa lagi Kampung Bahagia terletak di DUN Sekong yang diwakili parti Warisan, yang kalau mangsa kebakaran mendapat pembelaan, maka berpotensi akan meninggalkan Warisan pada pilihan raya umum akan datang.
Kerna itu jugalah yang beriya iya menyebarkan “fakta” 70% tiada dokumen adalah penyokong Warisan termasuk mereka yang syok Sabahan.
Tapi mental tertolol itu tidak tahu satu hal, yang hanya mempercayai dakwaannya itu adalah penyokong Warisan itu sendiri yang tidak pun menambah kekuatan Warisan malah sebaliknya jika rakyat Sabah tanpa mengira jenis bangsa dan agama terus bersikap dan berfikiran rasional.
Kenapa pula rakyat negara yang kurang kemudahan asas yang lebih tahu pasal maklumat dalaman Kementerian KDN? siapa juga dia, mengalahkan FBI.
Indonesia sendiri mundur akibat sikap rakyatnya yang saling berhasad dengki, kebodohan dihampir semua peringkat, mudah mempercayai hoax dan yang paling sadis suka melawan pemerintah tapi lebih prihatin dan tahu dari mana mana orang Sabah, Malaysia. Logik kah?
Diviralkan Adun Sekong Alias Sani turut memadam kebakaran dan dianggap hero. Memadam api dan hero apa pula kalau yang terjadi 1000 ribu rumah hangus terbakar. Maksud aku tidaklah si Alias menonjolkan diri ditengah kebakaran kalau 70% komunitinya tidak boleh mengundi atau tiada dokumen diri.
Data menunjukkan Kampung Bahagia dalam daerah mengundi (DM), Lupas Meluas dan secara purata setiap DM ada 3 hingga 5 ribu pengundi. Lalu mana mungkin 70% komuniti Kampung Bahagia tiada keterangan diri. Sebab itulah si Alias sanggup memadam api, janji nanti gambarnya diviralkan. Hahah!
Lagi lucu ada pula KDMR pro Warisan yang mempercayainya sedangkan mereka lah terpaling anti PTI Indonesia, hanya kerana ramai masyarakat Bugis yang lebih berjaya dari mereka. Ketika memburukkan kerajaan GRS nampak macam bersekutu tanpa mengira jenis bangsa tapi di dunia nyata saling menghina dan berdendam. Hipokrit dan busuk hati!
Itu aku belum bercerita pasal akaun media sosial yang menggunakan nama English untuk menjejaskan kestabilan Sabah, sedangkan nama sebenar mereka ada bau bau Belanda dan Sepanyol. Hahaha!






















Leave a Reply