Untuk Apa Yb Perkenal Aduan Rakyat Karambunai, Bukti Tidak Efisien Dan Tidak Produktif!

Dilaporkan pengundi DUN Karambunai boleh sudah  mengajukan persoalan yang mereka hadapi di Pusat Aduan Rakyat Digital (Kara-Di).

Pertanyaannya. Lepas diadukan, jadi pula apa tindakan Yb Karambunai? sekadar mempolemikkannya di media sosial sekaligus menjadi modal politik? sedangkan masalah tinggal cerita kosong yang terpaksa ditanggung oleh orang lain tapi Yb Karambunai yang mendapat kreditnya?

Belum sampai dua tahun,  aku mulai nampak Yb Karambunai itu  tidak ada beza dengan wakil wakil rakyat Warisan. Banyak cakap tapi tiada hasil selebihnya duduk buang masa dan makan gaji buta, hanya diri, ahli keluarga serta orang kuat Yb yang hidup senang lenang.

Tengok saja wakil wakil rakyat Warisan, mulai dari Semporna hingga ke pantai barat, tidak ada kemajuan yang dikecapi oleh pengundi. Jangankan kemajuan yang membawa perubahan, hanya membaiki prasarana usang pun tidak berlaku. Itu yang pengundi  mereka tinggal mampu bergantung pada bantuan kerajaan persekutuan dan negeri.

Jangan tanya siapa yang sering  berbaris panjang di bank bank dan super market, merekalah tu.

Aku pernah bersemuka, mereka cakap kalau ada bantuan ambil tapi tetap undi Warisan. Lalu aku balas mana boleh begitu, sebab itulah hidup tidak berkat. Lain yang berhempas pulas memastikan kesejahteraan rakyat tapi pemimpin naif dari parti lain pula yang diundi. Itu namanya termakan cerita dongeng kepimpinan Warisan. Bayangkan mykad pun kerajaan bukan Warisan yang bagi tapi si Warisan pula yang diundi walaupun parti baru lahir semalam dan tiada jasa langsung.

Berbalik pada isu pokok dalam artikel kali ini. Itu menunjukkan Yb Karambunai ini tidak efisien dan produktif. Tampak cuba melepaskan tanggungjawabnya yang sepatutnya dia pikul hingga selesai.

Dia mulai sedar dan tahu mentadbir DUN tidak semudah seperti yang dia sering katakan di media sosial. Apa lagi mentadbir satu negeri!

Setakat bercakap sambil berjalan mengelilingi kawasan seperti yang dilakukan Yb Karambunai, memang nampak macam rajin. Walhal tidak perlu pun boleh jak jentera wakil rakyat yang jalankan, ambil gambar kawasan dan laporkan. Work smart!

Realitinya dalam usaha menyelesaikan isu yang dibangkitkan ia tidak seperti yang dia bayangkan. Semestinya menuntut kerjasama penuh dari jabatan kerajaan yang terbabit dan yang paling utama adakah jabatan itu mempunyai baki peruntukan yang mencukupi. Ingat satu Jabatan kerajaan bertanggungjawab ke atas semua DUN bukan hanya Karambunai.

Dia juga wajar sedari  bahwa kakitangan agensi kerajaan juga ramai yang  berpolitik atau kepartian. Justeru jika tersalah orang belum tentu mereka sanggup menerima arahan Yb yang mereka tidak sokong. Nanti banyaklah birokrasi yang sengaja ditimbulkan.

Disinilah hambatan menuntut Yb Karambunai supaya lebih rajin dan berfikiran cerdik, mencari jalan  untuk menyelesaikannya. Bukan setakat menyebarkannya di media sosial dan mengkambingkan hitamkan pihak tertentu tapi tetap cucuk gaji setiap bulan. Hahaha!

Aku yakin dan percaya, semua hal di atas yang menjadi kekangan telah pun  dihadapi oleh Yb Karambunai sebab itulah dia mencari jalan keluar dengan memperkenalkan aduan digital. Agar selepas ini tidak lagi pengundi terlalu menyalahkannya.

Jika kerja wakil rakyat semudah berkata kata, menunjukkan muka kisah. Tidaklah sehingga hari ini Kelantan masih berhadapan dengan pelbagai isu, jalan raya, air, letrik dan sosial.

Leave a Reply

Powered by WordPress.com.

Up ↑

Discover more from JALINLUIN.COM

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading