Penggunaan Larangan Telefon Pintar Individu Di Bawah Umur 18 Tahun

Dengan kuasa yang diberikan di bawah Peraturan-peraturan Kerajaan Malaysia (Kawalan Penggunaan Peranti Mudah Alih) 2025, adalah dengan ini DIARAHKAN bahawa mulai 1 JANUARI 2026, semua individu berumur di bawah 16 tahun adalah DILARANG sama sekali daripada memiliki, menggunakan, atau mengakses telefon pintardi mana-mana kawasan dalam wilayah Malaysia.

Kerajaan Malaysia memandang serius terhadap peningkatan kadar ketagihan digital dalam kalangan remaja bawah umur.

Kajian menunjukkan penggunaan telefon pintar yang berlebihan memberi kesan negatif terhadap perkembangan mental, emosi, akademik, dan sosial golongan muda.

Sehubungan itu, keputusan telah dibuat oleh Mesyuarat Jemaah Menteri pada 15 Oktober 2025 untuk melaksanakan larangan ini secara menyeluruh di bawah penyeliaan Jabatan Perdana Menteri.

  1. SKOP DAN PELAKSANAAN

a) Larangan ini terpakai kepada semua individu berumur di bawah 16 tahun, tanpa pengecualian.

b) Larangan ini meliputi penggunaan telefon pintar, tablet, dan sebarang peranti pintar yang mempunyai fungsi komunikasi, kamera, permainan digital, atau akses internet.

c) Kawasan pelaksanaan termasuk semua institusi pendidikan, tempat awam, pengangkutan awam, premis kerajaan, dan kawasan rekreasi awam.

a) Ibu bapa atau penjaga hendaklah memastikan anak-anak di bawah tanggungan mereka mematuhi perintah ini.

b) Institusi pendidikan, agensi kerajaan dan pihak berkuasa tempatan bertanggungjawab melaksanakan penguatkuasaan dan pemantauan berterusan.

c) Kementerian Komunikasi dan Digital bersama Kementerian Pendidikan Malaysia akan bekerjasama menyediakan kempen kesedaran serta alternatif aktiviti sihat untuk golongan remaja.

Mana-mana individu atau penjaga yang gagal mematuhi perintah ini boleh dikenakan tindakan seperti berikut:

Amaran bertulis rasmi;

Denda tidak melebihi RM5,000; atau

Hukuman kerja khidmat masyarakat mengikut budi bicara mahkamah atau pihak berkuasa tempatan.

Leave a Reply

Powered by WordPress.com.

Up ↑

Discover more from JALINLUIN.COM

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading