
Macam kita berbalas pantun dengan Adun Warisan yang berlagak pandai dan prihatin. Sedangkan apa yang aku nampak ibarat melepaskan anjing yang tersepit.
Tangan tangan naif yang mengundi parti Warisan hari ini menjadi modal ampuh politik Warisan demi mengekalkan sokongan masyarakat tempatan.
Dalam masa yang sama Presiden Warisan Shafie hanya mendiamkan diri. Walaupun Shafie sendiri yang mendabik dada kerana dirinya gajah pun menyokongnya, jangankan PTI.
Dia mungkin mengambil iktibar dari kemenangan bekas Yb Warisan yang bertanding atas tiker GRS dan Bebas tapi tetap mendapat kemenangan melawan calon Warisan pada pilihan raya negeri ke 17 baru ini.
Itu saja yang aku mau sampaikan rentetan polemik yang dicetuskan oleh Adun Adun Warisan.
Memandangkan semalam GRS sudah memberikan jawapan balas berhubung dakwaan PTI di Sabah bertambah sehingga 50 peratus.
Jawapan yang diberikan dalam bentuk fakta dan jelas. Seperti link ini; Dakwaan Jumlah PTI Bertambah Di KK? Ini Penjelasannya
Namun empat Adun Cina Warisan tidak berpuashati dan sekali lagi menyalahkan kerajaan. Seolah olah PTI hanya wujud semasa kerajaan GRS dan tidak tahu kalau majoriti PTI adalah menjadi penyokong tegar Warisan.
Sedap jak menyalahkan kerajaan dengan hanya berpandukan laporan DOSM tanpa tidak mengira penat lelah, risiko agensi yang bertanggungjawab Polis, Imigresen dan agensi penguatkuasa yang lain.
Pihak Warisan menggunakan beberapa alasan bagi mempertahnakan hnakan dakwaan mereka.
Dijelaskan semalam bahwa pertambahan disebabkan keluarga PTI juga macam keluarga Cina lain boleh berkembang atau beranak penak.
DOSM bukannya agensi yang bertanggungjawab mengenal pasti permasalahan berkaitan kehadiran PTI sekaligus mencari jalan penyelesaian yang hampir mustahil untuk diselesaikan.
DOSM hanyalah agensi yang membuat laporan berdasarkan rekod yang mungkin berlaku kesilapan, jika ada kesilapan awal maka laporan mereka pun salah. Laporan DOSM diikat mati oleh pembangkang dan membuat perbandingan mudah serta seolah olah Warisan tidak pernah menjadi kerajaan dan berhadapan dengan pertambahan PTI walhal majoriti PTI menyokong Shafie Apdal, secara tidak langsung kita boleh katakan Shafie yang menggalakkan kehadiran PTI.
Tapi sekarng PTI dan keluarga mereka yang boleh mengundi menjadi modal Warisan hingga dipandang serong oleh masyarakat lain.






















Leave a Reply