
Aku mengikuti perkembangan parti Warisan, sejauh mana PM Anwar melemahkan mereka.
Ada timeline yang aku sudah tetapkan. Jika pemimpin Warisan dan orang orangnya masih berbunyi dan selesa. Bermakna benarlah kenyataan Rafizi bahwa kekuataan dan kebangkitan PKR disebabkan dirinya bukan Datuk Anwar Ibrahim. Datuk Anwar hanya menumpang kebijaksaan orang lain yang menjadikan namanya popular.
Bertindak ke atas musuh politik adalah fitrah bukan satu bentuk kejahatan. Menindas, menafikan hak musuh dan sebagainya adalah antara caranya. Melainkan dikawasan Warisan berkenaan ada pemimpin atau jentera GRS yang dipercayai mampu membawa perubahan walaupun hanya diperingkat kampung.
Ingat membentuk kekuataan parti yang sebenar benarnya diasah dari pertengahan dan bawah. Selain sudah tentu pemimpin itu sendiri yang kompeten.
Jangan saja Anwar selesa dan seronok menampilkan diri sebagai Perdana Menteri yang budiman. Tapi cuba juga selami perasaan musuh Warisan pada pilihan raya negeri ke 17 baru ini.
Bayangkan andai Warisan yang memenangi pilihan raya dan membentuk kerajaan negeri.
Aku dapat pastikan walaupun ketika itu GRS sebagai pembangkang tapi aku percaya, mereka mudah bangkit berbanding PH dan UMNO silap silap berkubor. Itu juga bererti riwayat Datuk Anwar Ibrahim sebagai Perdana akan berakhir usai pilihan raya umum yang dijangka berlangsung pada tahun 2027.
Jangan Datuk Anwar lupa semua calon PH kalah kepada calon Warisan termasuk calonnya bagi DUN Merotai kecuali DUN Melalap sebab dia dipinjam dari GRS.
So come on PM Anwar, show how great u brain.






















Leave a Reply