Dana RM10 Juta Kurnia Jaya Tidak Hilang – Nizam Cabar Dakwaan Dr Akmal Tanya Zahid Hamidi (Sabah News)

Kamu tengok pemimpin UMNO dari Malaya yang terkenal maling cuba menjadi hero di Sabah dengan membuat dakwaan bohong. Dia ingat pemimpin GRS ni macam pemimpin-pemimpin UMNO yang tidak bertanggungjawab, sebab itulah hari ini kebanyakan orang Melayu menolak UMNO.

Kenapa menolak UMNO? sebab mereka tidak amanah pada bangsa Melayu. 

Baru ini berada di Sabah untuk berkempen pilihan raya negeri 2025. Juga menggunakan taktik yang sama membohong dan memanipulasi kebenaran.

Si Akmal  memanipulasi isu kononnya dana RM10 juta membagi membantu rumah rumah mangsa kebakaran di Kampung Kurnia Jaya telah diseleweng.

Sedangkan dana itu masih dalam simpanan Majlis Perbandaran Tawau. Dan sebenarnya jumlah RM10 yang dibanggakan oleh UMNO itu nilainya sangat sedikit jika dinisbahkan.

RM10 juta jika yang dibahagikan kepada 700 keluarga hanyalah RM14,285.71 setiap satu—jumlah yang jelas tidak mencukupi untuk pembinaan rumah tanpa sokongan Kerajaan Persekutuan.

Oleh itu Datuk Nizam Titingan mencabar Ketua Pemuda UMNO Malaysia, si Akmal agar bertanya Presiden UMNO Malaysia Zahid Hamidi apa sebenarnya yang berlaku.

TAWAU: Ketua Penerangan Parti Gagasan Rakyat Sabah (Gagasan Rakyat), Datuk Nizam Abu Bakar Titingan menafikan dakwaan Dr Akmal Saleh bahawa dana bantuan RM10 juta untuk mangsa kebakaran Kampung Kurnia Jaya telah diseleweng, sambil menegaskan bahawa wang itu masih selamat dan berada dalam simpanan Majlis Perbandaran Tawau (MPT).

Menurut Nizam yang juga calon Gabungan Rakyat Sabah (GRS) bagi Dewan Undangan Negeri (DUN) Apas, MPT telah mengeluarkan kenyataan rasmi pada awal tahun yang menegaskan status dana berkenaan, dan beliau sendiri turut membuat penjelasan susulan. Namun, isu tersebut kembali dimainkan sebagai modal politik sempena Pilihan Raya Negeri Sabah 2025.

“Dr Akmal hanya datang waktu pilihan raya dan cuba menjadi hero. Dia tidak memahami isu sebenar. Dana itu masih ada, tidak hilang dan tidak pernah diseleweng,” tegas Nizam menerusi satu kenyataan media di sini, semalam.

Beliau menjelaskan bahawa fokus utama bukan sekadar penyaluran bantuan tunai, sebaliknya menyediakan penyelesaian menyeluruh melalui pembinaan kediaman baharu yang selesa, teratur dan selamat untuk lebih 700 keluarga mangsa kebakaran.

Katanya, RM10 juta yang dibahagikan kepada 700 keluarga hanyalah RM14,285.71 setiap satu—jumlah yang jelas tidak mencukupi untuk pembinaan rumah tanpa sokongan Kerajaan Persekutuan.

Nizam turut mendedahkan bahawa inisiatif memperjuangkan nasib mangsa kebakaran dimulakan melalui perbincangannya dengan Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Hajiji Noor yang memberi sokongan penuh.

Susulan itu, beliau mengadakan rundingan dengan Unit Penyelarasan Pelaksanaan (ICU) Jabatan Perdana Menteri sebelum diarahkan berhubung terus dengan Pejabat Perdana Menteri.

“Hasil usaha itu, saya telah dipertemukan dengan Menteri Kewangan II, Senator Datuk Seri Amir Hamzah Azizan. Beliau menerima cadangan untuk membantu mangsa kebakaran dan menyarankan pelaksanaannya melalui Kementerian Kemajuan Desa dan Wilayah di bawah pimpinan Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi,” katanya.

Nizam berkata, beliau memiliki surat rasmi daripada Menteri Kewangan II kepada kementerian berkenaan yang mengesahkan langkah itu, sekali gus menolak dakwaan Dr Akmal yang mempersoalkan status bantuan tersebut.

“Jika Dr Akmal mahu tahu status sebenar pembinaan semula rumah-rumah mangsa kebakaran, saya nasihatkan beliau berhubung dengan Menteri Kemajuan Desa dan Wilayah. Saya pasti beliau kenal Presiden UMNO,” katanya sinis.

Nizam dalam masa sama mengingatkan Dr Akmal agar memahami konteks politik Sabah sebelum membuat tuduhan melulu.

“Rakyat Sabah tidak perlukan sorakan kosong. Mereka mahukan penyelesaian jangka panjang dan usaha holistik, bukan retorik sementara,” ujarnya.

Leave a Reply

Powered by WordPress.com.

Up ↑

Discover more from JALINLUIN.COM

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading