Iya tidak boleh disangkal lagi sesungguhnya Ketua Menteri Sabah, GRS hari ini ada hak menghalang mana mana individu atau pihak dari memasuki Sabah seperti yang termaktub dalam perjanjian Malaysia 1963.
Dinyatakan dalam perjanjian Malaysia 1963 iaitu perkara 6 berkaitan Imigresen (Seksyen 66/67 Akta Imigresen 1963). Bahawa Sabah yang sebenarnya sebuah negara ada autoriti penuh menghalang mana mana individu dari memasuki Sabah atas alasan apa sekalipun.
Apa lagi spesis seperti si Albert Tie seorang penyangak atau perasuah yang bertaraf antarabangsa yang secara halus cuba menjarah kekayaan sumber alam Sabah. Maka sewajibnya dihalang dar memasuki Sabah.
Untuk makluman kamu orang kan! si Albert Tie mula mula memasuki Sabah semasa kerajaan Warisan.
KOTA KINABALU: Ketua Menteri, Datuk Seri Panglima Haji Hajiji Haji Noor menegaskan Kerajaan Negeri mempunyai kuasa penuh dalam menentukan kemasukan individu ke negeri ini, termasuk isu yang dibangkitkan oleh Albert Tei.
“Kerajaan Negeri mempunyai kuasa mutlak dalam menentukan siapa yang boleh masuk ke Sabah atau tidak.
“Tetapi tindakan hanya diambil setelah menerima laporan dan maklumat lengkap daripada pihak keselamatan,” katanya kepada pemberita selepas merasmikan Program Kedai Jujur 2025 di Sekolah Kebangsaan Mutiara, di sini pada Selasa.
Mengulas mengenai 13 mangsa yang terkorban dalam kejadian bencana banjir dan tanah runtuh sebelum ini, beliau berkata, sama ada mereka layak menerima manfaat daripada Skim Insurans Rakyat Sabah yang diperkenalkan oleh kerajaan negeri, masih dalam semakan.
“Saya sudah berbincang dengan Kementerian Kewangan untuk menyalurkan bantuan berkaitan kematian daripada skim insurans tersebut. Jadi, saya akan semak dan pastikan sama ada mereka layak atau tidak,” katanya.
Menurutnya, walaupun keputusan mengenai skim insurans itu masih diteliti, Kerajaan telah menyalurkan bantuan segera kepada keluarga mangsa.
“Daripada pihak Kerajaan, kita sudah pun memberi bantuan melalui Yayasan Kebajikan Sabah, iaitu RM10,000 kepada setiap keluarga mangsa yang meninggal dunia. Selain itu, Kerajaan Negeri juga menyalurkan RM10,000,” jelasnya.
Beliau menambah, siasatan lanjut akan dibuat bagi memastikan sama ada skim insurans itu turut meliputi mangsa kejadian berkenaan.
Tamat






















Leave a Reply