Shafie Apdal Akui KM Hajiji Berjaya Tadbir Sabah

Presiden Warisan Shafie Apdal  merayu pada rakyat Sabah. Supaya dibagi peluang sekali lagi memerintah atau diangkat sebagai Ketua Menteri Sabah.

Benar benar Shafie sudah hilang rasa malu dan semakin terdesak.

Sebelum ini Shafie tidak malu mendakwa kononnya GRS kerajaan gagal. Walhal dia yang gagal, dua tahun lebih memerintah Sabah pembaharuan dan pembangunan apa yang dia telah laksanakan? Tiada!

Janji pada orang kampung pun lugai lugai!

Bayangkan dua tahun lebih memerintah tapi tiada satupun projek yang diumumkan dan boleh dilaksanakan selepas pilihan raya negeri 2020.

Projek kampung kampung pun tiada bha. Pui!

Itu juga bererti Shafie  merayu supaya melupakan kegagalan dan penyelewengan mereka baik semasa kerajaan Warisan mahupun skandal KKLW.

Namun aku sangat yakin tiada rakyat Sabah sanggup hidup dalam kegelapan dan sarat dengan amalan nepotisme dan kronisme seperti era kerajaan Warisan.

Kalau ada pun sudah tentulah dikalangan kronisme dan nepotisme. Serta segelintir masyarakat yang aku panggil picisan.

Sebelum ini Ketua Menteri Datuk Hajiji Noor ada membuat kenyataan yang hampir sama. Dan ia wajar memandangkan Sabah sedang dalam proses pemulihan dalam masa yang sama dimajukan.  Justeru menuntut lebih ruang dan masa untuk diteruskan.

Namun sengaja di lecehkan oleh macam Warisan. Kononnya GRS terpaksa merayu pada rakyat kerna tahu akan kalah pada pilihan raya negeri. Betapa bodohnya penyokong Warisan.

Rakyat Sabah sedar dan tahu Datuk Hajiji Noor telah melaksanakan pelbagai usaha memulihkan ekonomi.

Membina dan membaiki frasarana selain terpaksa menanggung kegagalan  kerajaan Warisan.

Membatalkan syarikat konsultan menyebabkan pembinaan projek Pan Borneo tergendala selama dua tahun lebih.

Syarikat konsesi air yang ditukar oleh kerajaan Warisan menyebabkan  gangguan air semakin memburuk, ini  kerana syarikat baharu tidak  berkeupayaan dari segi pengalaman dan kewangan.

Dakwaan kerajaan Warisan berjaya menarik pelabur hanyalah pembohongan. Tiada satu pun berita yang menunjukkan kerajaan negeri Sabah ketika itu menandatangani MoU bersama pelabur.

Hari ini giliran Presiden Warisan merayu supaya diberikan peluang kedua dan akan melakukan yang lebih baik dari kerajaan GRS atau apa yang telah dilaksanakan oleh Ketua Menteri Sabah, Datuk Hajiji Noor.

Ertinya Shafie mengakui kejayaan  kerajaan GRS dan tidak gagal seperti yang tohmahan mereka selama ini.

Tidak mungkin Shafie berjanji akan melakukan yang LEBIH BAIK  jika kerajaan GRS gagal.

Akhirnya pihak Warisan mengakui kehebatan Ketua Menteri Sabah, Datuk Hajiji Noor.

Memang begitu perkar benar tetap akan benar walaupun cuba dinafikan berkali kali. Akhirnya juga hati yang berbicara hingga pembohong pemfitnah tidak menyedarinya.

Semoga Allah senantiasa merahmati  kepimpinan Ketua Menteri Sabah Datuk Hajiji Noor dan kerajaan GRS.

Sekarang apa cerita macai Warisan? Tiba-tiba Shafie merayu minta jawatan Ketua Menteri Sabah, walaupun sudah terbukti gagal berkali kali.

Ingat ahh. Shafie tidak merayu pada pilihan raya 2018 dan 2020 sebab dia yakin ada kekuataan. Tapi kali ini dia lakukan, kenapa kah?

Leave a Reply

Powered by WordPress.com.

Up ↑

Discover more from jalinluin.com

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading