Tragedi Zara Sudah Di Mahkamah, Nasib Gaza Kenapa Warisan Bisu?

Sejujurnya aku dan anda sudah tentu  sebagai rakyat menghormati perlembagaan dan mempercayai sistem kehakiman Malaysia.

Justeru aku yakin ada yang akan bersetuju dengan pendapatku ini.

Tragedi Zara yang kecoh hingga keluar negara telah pun diadili di Mahkamah atau dalam proses kehakiman.

Ingat ahh, dunia ini Mahkamah adalah pengganti Tuhan. Sebarang penghakiman itu bukan lagi tanggungjawab aku dan kau mempertikaikannya, waktu ini TUHAN sebenar pula akan mengambil peranan.

Jangan ada yang menafikannya tragedi Zara telah dipolitikkan oleh pembangkang terutama Warisan dan PN serta UMNO. Gerakan macai mereka jarang kamu nampak di Facebook dan lain lain tapi berlegar legar di TikTok.

Walhal semasa kerajaan Warisan ada tragedi  membabitkan kematian berlaku di Semporna tapi sehingga hari ini tidak mendapat keadilan. Dan aku tidak pun memaksanya sehingga viral, walaupun ketika itu kami adalah pembangkang.

Berkaitan UMNO dan PN pula. Bukan kah Semenanjung lagi teruk banyak kejadian aneh yang tidak masuk akal berlaku. Namun tidak mendapat keadilan, hangat sekejap jak, lepas itu sunyi.

Kes Adib anggota Bomba yang mati semasa rusuhan sehingga saat ini tidak mendapat keadilan? begitu juga tragedi adik Rayyan. Dua tragedi  yang sepatutnya puak pembangkang UMNO dan PN politikkannya hingga kalau boleh bergolek golek di jalan aspal pun tidak mengapa. Tapi tidak berlaku,  yang mereka politikkan tragedi Zara walaupun sudah di Mahkamah.

Apa lagi orang Sabah tidak pernah pun mempolitikkan mana mana tragedi yang berlaku di Semenanjung. Prihatin  sangat kah? betul kah? habis tragedi Adib dan Rayyan kenapa senyap? buli terbaru membabitkan …… kenapa senyap? pernah orang Sabah dan Sarawak campur tangan?

Padan pun orang Sarawak benar benar  menolak parti parti dari Malaya. Rupanya jelas jenis politik yang tidak sedar diri dan terlalu hipokrit.

Aku boleh katakan semua parti di Malaysia telah terlibat dengan program  solidariti besar besaran terhadap nasib rakyat Palestin atau lebih khusus terhadap rakyat Gaza yang berhadapan dengan homicide. 

Pada September 2023 Ketua Menteri Sabah Datuk Hajiji menghadiri program Himpunan Kemanusiaan Untukmu Gaza dan beliau telah menyumbang RM300,000 untuk membantu rakyat Palestin yang menderita akibat peperangan dan kekejaman rejim Zionis.

Perang Gaza bermula pada 07 Oktober 2023 dan berlangsung sehingga hari ini. Jumlah maut membabitkan rakyat Gaza sehingga Ogos tahun ini dikatakan berjumlah 62,004 orang.

Tapi ada satu parti di Sabah, sehingga  hari ini hanya sibuk menunggang musibah atau tragedi yang menimpa keluarga arwah adik Zara.

Seawal tragedi Zara trend di media sosial. Muncul dan viral kenyataan seorang pemimpin Warisan Helena Chua. Mempolitikkan; memfitnah mengaitkan kematian adik Zara dengan beberapa pemimpin GRS. Akibatnya dia telah dilaporkan ke pihak Polis. Sebab itulah kenapa hari ini dia macam tikus basah, tidak lagi berani mengada-ngada.

Sepatutnya terus bersuara jika yang dia tuduh  sebelum ini ada kebenarannya. Terbukti pemimpin Warisan pembohong!

Parti Warisan tidak pernah mengadakan solidariti rasmi terhadap rakyat Palestin. Malah menghantar surat ucapan tahniah yang ditandatangani Shafie Apdal atas kemenangan Donald Trump sebagai Presiden Amerika Syarikat. Sedangkan Donald Trump adalah pendukung utama israel sekaligus menghalalkan homicide ke atas rakyat Gaza.

Niat mereka  mempolitikkan tragedi Zara bukan untuk mencari keadilan tapi semata mata untuk  kepentingan parti Warisan semata mata.

Tidak hairan kenapa lama kelamaan hashtag Justice for Zarah tidak lagi sehangat dulu.

Leave a Reply

Powered by WordPress.com.

Up ↑