MP Sepanggar Jangan Angkuh Hakikatnya PKR dan UMNO Sangat Lemah

Kenyataan Ahli Parlimen Sepanggar yang berasal dari Kota Belud,  mendapat kritikan pedas dari pemimpin-pemimpin dan penyokong kerajaan atau GRS.

Ahli Parlimen Sepanggar dari PKR mendakwa GRS liabiliti dalam kerjasama PH, GRS dan BN.

Dia merujuk kenyataan beberapa pemimpin UMNO sebelum ini. Antara  yang aku maksudkan seperti link dibawah.

UMNO Jangan Pancing Dan Jangan Pipi Tersorong Sorong, GRS enggan bekerjasama dengan UMNO

Ahli Parlimen Libaran juga menyatakan hal yang sama, ini lagi mangkuk. Bung Mokhtar selaku ketua UMNO Sabah didapati bersalah di Mahkamah, tapi kerajaan GRS pula yang dia dakwa liabiliti. Dasar pengamal hipokrit. Pui!

Justeru Adun Pantai Dalit, Jasnih Daya mengingatkan MP Sepanggar supaya jangan angkuh dan terlebih yakin. Jangan terlalu banyak membuat ulasan atau cakap banyak, nanti hanya menunjukkan kelemahan atau kebodohan sendiri.

Berani aku katakan  Ahli Parlimen Sepanggar buta atau tidak arif  menilai sentimen masyarakat Sabah. Dia dengar pendapat pemimpin UMNO sedangkan majoriti rakyat Sabah berkobar kobar ingin menguburkan UMNO pada pilihan raya negeri akan datang.

Jangan si Makmud lupa ahh. UMNO tanpa PH yang dijadikan punching bag susah bagi penyokong UMNO move on. Begitu juga sebaliknya tanpa UMNO yang PH persalahkan setiap masa hingga berjaya menumbangkan UMNO,  hari ini susah bagi PH mempertahankan kerajaan Madani.

Kenapa MP Sepanggar tidak tahu kah cerita skandal FELCRA dan LCS dan yang paling masyhur skandal 1MDB yang membabitkan UMNO hingga kerajaan UMNO tumbang.

Skandal yang dihadapi Presiden Warisan Shafie Apdal iaitu skandal KKLW dan kegagalan kerajaan Warisan tapi tidak pula di diungkit memandangkan PKR  yang membongkarnya hingga Shafie dan orang orangnya dihadapkan ke Mahkamah.

Sebelum itu pemuda PGRS Bahagian Kawang justeru mencabar MP Sepanggar, Mustapha agar meninggalkan GRS walaupun sebelum itu telah dinyatakan oleh Perdana Menteri Anwar bahwa GRS dan PH  akan bekerjasama bagi menghadapi pilihan raya negeri akan datang.

Belia PGRS turut menasihati MP Sepanggar. supaya jangan sibuk perihal GRS sebab masih ramai pengundi Sepanggar yang tidak terbela.

PKR tidak ada kekuataan pun di Sabah. PKR hanya ada dua kerusi  itupun hasil undi penyokong DAP dan mereka yang menolak parti Warisan.

Leave a Reply

Powered by WordPress.com.

Up ↑

Discover more from jalinluin.com

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading