


Bandar Baharu Seri Milian di Kota Kinabatangan bakal menjadi pemangkin pembangunan untuk rakyat di sini!
Dibangunkan oleh Majlis Daerah Kinabatangan dengan kerjasama Sunmow Holding Sdn Bhd, projek ini akan membawa pelbagai kemudahan moden seperti pejabat kerajaan, perumahan, pusat kesihatan, pasar, balai polis dan balai bomba
Hari ini juga, sebanyak 255 geran deraf PANTAS untuk DUN Lamag, 3 untuk DUN Sukau, dan geran tanah Majlis Daerah Kinabatangan turut diserahkan kepada para penerima. Ini bukan sekadar dokumen tetapi pengiktirafan kepada hak rakyat yang akan membuka peluang untuk meningkatkan taraf hidup dan ekonomi keluarga mereka.
Inilah komitmen kita untuk membangunkan infrastruktur, memperkukuhkan hak milik tanah dan memastikan rakyat menikmati kemajuan di tanah sendiri.
#KitaJagaSabah
#HebatkanSabah
#SabahMajuJaya





















Leave a Reply