Tiktokers Membongkar Pembunuh Zara Sekaligus Menjawab Fitnah Terhadap GRS

Aku terpaksa buat artikel ini demi menjaga kestabilan kerajaan GRS. Aku risau  fitnah yang disebarkan oleh macai pembangkang sebelum ini dianggap benar oleh masyarakat.

Terlebih dahulu aku minta maaf sebab membenarkan video yang sensitif itu berada dalam blog ini.

Nah ada sudah Tiktokers mendedahkan pelajar yang membunuh allahyarhamah Zara.

Menurut Tiktokers berkenaan. Salah seorang pembunuh merupakan anak kepada Guru Besar Sekolah (Aku tidak nyatakan dengan lengkap, sebab pasti kamu sudah tahu)

Namun aku secara peribadi tidak melihat “pendedahan” ini sebagai bukti yang boleh dipercayai.

Kerna kalau setakat persamaan paras rupa dijadikan bukti. Ada berapa ribu orang diluar sana walaupun berlainan bangsa tapi memiliki paras rupa yang hampir sama.

Aku lebih percayakan pihak Polis walaupun kadang kadang ada anggota Polis seolah dia dibayar gaji oleh rakyat untuk menjaga kaum keluarganya dari tindakan Mahkamah atau pihak Polis itu sendiri, walaupun telah melakukan jenayah berat. Nah anggota Polis seperti ini, gaji yang dia terima untuk menjaga anak bininya aku tidak halalkan dunia akhirat, sehingga mereka insaf dan bertaubat.

Pendedahan ini sekaligus menjawab tuduhan netizen picisan dan macai Warisan yang sebelum ini mendakwa konon antara murid  yang terlibat membunuh Zara adalah anak pemimpin GRS.

Lain kali jangan mudah membuat tuduhan kalau tidak pasti kesahihannya. Pada aku, kenapa walaupun dalam kes menyayat hati  masih ada yang sanggup mencipta tuduhan melulu, semata mata untuk merosakkan imej kerajaan negeri.

Pada aku ia seolah olah satu perancangan jahat supaya kelak rakyat Sabah ditadbir oleh pemimpin yang tidak kompeten dan tamak yang akhirnya hanya membinasakan masyarakat tertentu.

Jadi pada rakyat Sabah berhati hati kamu. Zaman ini fitnah amat sukar untuk dikenalpasti. Beringat kamu hari ini membabitkan orang lain, esok esok giliran entah siapa pula.

Bayangkan andai golongan yang tegar membuat tuduhan melulu berada dalam kerajaan dan diberikan kedudukan. Kamu rasa akan ada keadilan? tidak mungkin ada.

Kifarah itu benar hanya menunggu masa yang sesuai.

Pernah terjadi pun semasa kerajaan Warisan. Sampaikan keluarga mangsa memasej aku, dia jelaskan bagaimana ahli  keluarganya terbunuh dan mereka telah maklumkan kepada pihak yang bertanggungjawab tapi tidak ada tindakan.

Semasa kerajaan Warisan, Doktor pun mereka boleh ugut supaya tidak membuat laporan perubatan yang lengkap ke atas mangsa. Supaya siasatan tampak tidak lengkap dan pendakwaan tidak boleh dijalankan.

Jangan kecewa Allah tidak tidur, Dia sentiasa tahu apa yang berlaku setiap detik. 

Leave a Reply

Powered by WordPress.com.

Up ↑

Discover more from JALINLUIN.COM

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading