
Semalam laskar atau penyokong Warisan kecoh bercakap dan menyebarkan janji baharu Presiden Warisan, Shafie. Kononnya hutang PTPTN anak anak Sabah akan dihapuskan jika Warisan balik menjadi kerajaan negeri dan dananya tinggal ambil dari Yayasan Sabah.
Sedap jak Shafie Apdal berjanji sedangkan janji pilihan raya 2018 aku berani katakan tidak ada satupun yang ditunaikan.
Jangan kamu percaya janji seperti itu. Perdana Menteri Anwar Ibrahim sehingga hari ini dilecehkan kerana gagal menghapuskan hutang PTPTN. Bukan sebab apa, sebab hutang PTPTN cukup banyak, jumlahnya beratus bilion, hampir mustahil untuk dihapuskan. Sedangkan masyarakat diluar sana masih menuntut kemajuan dan pembelaan.
Tapi Shafie berani berjanji kan. Astaga, nampak benar tidak pandai mentadbir.
Kamu orang tahu kah pada pilihan raya tahun 2018. Sektor pendidikan juga menjadi manifesto parti Warisan.
Kementerian Pendidikan Sabah versi Warisan pun dibentuk. Tapi kamu tahukah peruntukkannya datang kerajaan persekutuan. Sebab itulah sehingga kerajaan Warisan berakhir tiada satupun kejayaan yang dicapai oleh Kementerian berkenaan. Pui!
Semasa pilihan raya negeri 2020 pihak GRS tidak menjanjikan manifesto bulan bintang berkaitan pendidikan anak anak Sabah. Tapi si Aziz Jamman anak buah Shafie bekas Ahli Parlimen Sepanggar berjumpa dengan Ketua Menteri Datuk Hajiji untuk mendapatkan kelulusan biasiswa bagi membolehkan anaknya belajar ke luar negara dan permohonannya diluluskan.
Tapi dalam masa yang sama jentera Warisan terus memfitnah kerajaan negeri GRS.
Biasiswa Yayasan Sudah Dihentikan – Jentera Pembangkang
Maksudnya apa, Ketua Menteri Sabah Datuk Hajiji Noor tidak banyak cakap dan menjanjikan bulan bintang pada pilihan raya. Tapi pendidikan anak anak Sabah termasuk anak pemimpin pembangkang walaupun kerap memfitnah dan membohong beliau, tetap diberikan layanan sama rata dan diluluskan.
Dalam masa yang sama Kerajaan GRS gigih mencari dana untuk disuntik sebagai bantuan pendidikan kepada anak anak Sabah, termasuklah dana dari Yayasan Sabah. Seperti link dibawah;
BCNS Tanda Pengiktirafan Kerajaan Terhadap Kecemerlangan Pelajar
Kerajaan Negeri Tingkatkan Biasiswa Pengajian Ke RM100 Juta Setahun
Kerajaan Negeri Peruntuk RM136 Juta Untuk BKNS Tahun Ini – Arifin
Kamu tahu kah semasa kerajaan Warisan. Kolej Yayasan Sabah diambang kemuflisan.
Kakitangan Kolej Universiti Yayasan Sabah tidak mendapat gaji dan ada yang menerima gaji setinggi RM300. Kurang itu mereka dipaksa bercuti tanpa gaji, jika enggan perkhidmatan mereka akan ditamatkan.
Hari ini Presiden Warisan berjanji akan menggunakan dana Yayasan Sabah untuk menghapuskan hutang PTPTN. Logik kah?
Kolej Universiti Yayasan Sabah Di Ambang Kemuflisan
Begitu juga berhubung bantuan kewangan kepada masyarakat, walaupun tidak ada dalam manifesto GRS. Tapi apa bila GRS menjadi kerajaan pelbagai bantuan kewangan diberikan kepada peniaga dari perniagaan besar hingga peniaga tepi jalan.
RM15 Juta Perkasa & Mantapkan Program Bantuan IKS di Sabah
Peluang pekerjaan disediakan oleh kerajaan GRS dengan cara menarik pelabur dari dalam dan luar negara.






















Leave a Reply