
Apa yang dimaksudkan Ketua Menteri Datuk Hajiji Noor ini ialah sikap pemimpin UMNO pusat yang sejak dari dulu. Tidak ingin melihat Sabah mandiri hingga mampu menentukan masa depan politik dan ekonomi mengikut acuan orang Sabah. Seperti mana kita mengenali Sarawak dan politik mereka tanpa UMNO.
Pemimpin besar/utama UMNO dari Malaya juga sentiasa menganggap diri mereka tuan kepada orang Sabah. Pui! Tidak malu, walhal majoriti orang Melayu sendiri menolak kepimpinan UMNO kerana di anggap pengkhianat bangsa sendiri dan negara.
Berbeza dengan kepimpinan Perdana Menteri Anwar Ibrahim. Menghormati Sabah baik dari konteks perjanjian Malaysia 1963 mahupun soal pentadbiran antara negeri dan persekutuan, begitu juga soal politik.
Hajiji Noor ketika menyampaikan ucapan penggulungan pada Persidangan Agung Tahunan Parti Gagasan Rakyat Sabah, hari ini. – NSTP/MOHD ADAM ARININ
KOTA KINABALU: Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Hajiji Noor, mendedahkan bahawa keputusan diambil Gabungan Rakyat Sabah (GRS) sebelum ini untuk beralih sokongan kepada Kerajaan Perpaduan adalah disebabkan sikap seorang ‘pemimpin besar’ di Kuala Lumpur yang didakwa tidak menyukai blok Borneo.
Menceritakan pertemuannya dengan pemimpin daripada Kerajaan Persekutuan yang lalu itu, Hajiji mendakwa, individu terbabit tidak mahu GRS berkongsi pengalaman dan cerita dengan Sarawak.
“Saya bersama Masidi (Menteri Kewangan Sabah, Datuk Seri Masidi Manjun) dan Jeffrey (Timbalan Ketua Menteri Sabah, Datuk Dr Jeffrey Kitingan) ketika berjumpa seorang pemimpin besar di sana (Kuala Lumpur) suatu masa lalu, orang itu menyatakan mereka ialah ‘master’.
“Dia tidak suka blok Borneo… dia tidak mahu kita berkongsi pengalaman dan cerita dengan negeri jiran, Sarawak. Saya amat terkejut dengan kata-kata itu. Lama saya berfikir apa erti dan niat dia.
“Kata-kata itu menyebabkan hati saya terus tawar kepada mereka. Akhirnya setelah berfikir panjang, saya membuat keputusan untuk membawa GRS menyokong Kerajaan Perpaduan,” dakwanya ketika menyampaikan ucapan penggulungan pada Persidangan Agung Tahunan Parti Gagasan Rakyat Sabah (Gagasan Rakyat) di sini, hari ini.
Pengerusi GRS yang juga Presiden Gagasan Rakyat itu bagaimanapun tidak menjelaskan siapa ‘pemimpin besar’ yang dimaksudkannya, namun beliau merujuk kepada pemimpin Persekutuan sebelum Kerajaan Perpaduan.
Seterusnya, Hajiji berkata, GRS mendapat layanan baik daripada Kerajaan Perpaduan pimpinan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim yang banyak mendengar suara Sabah.
“Alhamdulillah, Kerajaan Perpaduan bawah Perdana Menteri sekarang mendengar suara kita dan kita dilayan sebaiknya, syukur.
“Oleh itu, saya nyatakan sekali lagi bahawa GRS tetap menyokong Perdana Menteri hari ini. Banyak inisiatif dan tuntutan kita dalam Perjanjian Malaysia 1963 (MA63) diluluskan Perdana Menteri.
“Sebelum itu, amat sukar mereka menurunkan kuasa atau lulus permintaan kita. Jadi apa yang kita harapkan lagi kalau Kerajaan Perpaduan baik untuk negeri kita, kenapa kita tidak sokong,” katanya.
Bercakap kepada pemberita kemudian, beliau berkata, peristiwa itu berlaku sebelum pentadbiran Kerajaan Perpaduan.
Sementara itu dalam ucapan penggulungannya juga, Hajiji sekali lagi menyatakan keyakinan GRS untuk memenangi Pilihan Raya Negeri Ke-17 (PRN17), dan berjanji akan mentadbir Sabah dengan sebaik mungkin jika diberikan mandat.





















Leave a Reply