Permohonan Bumi Suria Melombong Di Sabah, KM Hajiji Bagi Komen “Tiada Halangan Jika Teratur”

Surat permohonan Bumi Suria yang dibagi komen tiada halangan jika teratur.

Macai Warisan sedang gigih memviralkan surat permohonan melombong mineral oleh syarikat Bumi Suria Sdn. Bhd kepada Ketua Menteri Sabah Datuk Hajiji Noor.

Untuk apa pihak pembangkang memviralkan surat permohonan? sedangkan semua orang atau syarikat yang berkemampuan dan berkelayakan  boleh mengemukan permohonan. Soal lulus atau tidak itu belakang cerita.

Tapi kamu baca komen Ketua Menteri Sabah Datuk Hajiji Noor pada surat permohonan berkenaan.

“Tiada halangan jika teratur”

Maksud komen itu adalah Datuk Hajiji Noor mengarahkan CEO SMM supaya meniliti permohonan yang mencakupi kelayakan,  kemampuan dan komitmen syarikat Bumi Suria.

Namun  akhirnya permohonan syarikat Bumi Suria Sdn, Bhd yang dikaitkan dengan Farhash Wafa Salvador tidak diluluskan oleh kerajaan negeri.

Sekali lagi Ketua Menteri Datuk Hajiji Noor berjaya menjaga kekayaan Sabah  walaupun syarikat Bumi Suria Sdn Bhd dikatakan milik   orang yang menjadi kepercayaan Perdana Menteri Anwar Ibrahim.

Prinsip terpuji seorang Ketua Menteri tanpa mengira status seseorang apa yang penting adakah pemohon berkelayakan dan berkemampuan.

“Rumah Kita, Kita Yang Jaga” 

So tiada apa yang boleh dipersoalkan, sememangnya sudah menjadi tugas seorang Ketua Menteri Sabah, bertanggungjawab memajukan negeri dan rakyat  Sabah melalui pelaburan, baik dari dalam mahupun luar negara.

Berbeza semasa kerajaan Warisan. Surat permohonan PTI menjadi Warganegara Malaysia.  Shafie Apdal selaku Ketua Menteri Sabah ketika itu membagi komen “diluluskan”. 

Leave a Reply

Powered by WordPress.com.

Up ↑