
Ini lagi tuduhan fitnah terbaru pembangkang terhadap kerajaan negeri Sabah pasal lesen melombong mineral di Sabah.
Nampaknya tinggal itu jak modal pembangkang lesen, lesen dan lesen sebelum pilihan raya negeri Sabah akan datang. Sedangkan skandal jauh lebih besar dan terbukti benar membabitkan pemimpin UMNO dan Warisan mereka buat bodoh, macam tidak pernah berlaku. Pui!
Kali ini pembangkang mengatur strategi. Mengaitkannya dengan Perdana Menteri Anwar Ibrahim atau individu yang di dakwa rapat dengan beliau iaitu Farhash Wafa Salvador.
Kononnya SMM telah memberikan lesen melombong mineral kepada Farshah melalui syarikat Bumi Suria di Sabah seluas 70,000 hektar, kononnya lagi keluasan tanah itu bersamaan tiga kali ganda keluasan Kuala Lumpur.
Namun dinafikan oleh agensi yang bertanggungjawab CEO Sabah Mineral Management Sdn Bhd (SMM), Natasha Sim bahawa tuduhan itu tidak berasas dan tidak benar atau sebenarnya fitnah semata mata.
Ia berdasarkan rekod SMM sendiri menunjukkan tidak ada syarikat yang ada kaitannya Farhash telah diberikan lesen melombong di Sabah.
Tambah Natasha Sim, SMM tidak ada autoriti meluluskan lesen perlombongan. Jelas menunjukkan dakwaan tersebut adalah fitnah semata mata.
Dalam masa yang sama terbongkar individu yang bertanggungjawab menjadi alat dan menyebarkan fitnah berkenaan.
Di dapati individu disebalik portal Malaysianow adalah Abdar Rahman Koya iaitu adik kepada Latheefa Koya.

Kamu orang mesti tahu, siapa Latheefa Koya. Dia bekas pemimpin PKR yang lantang mengkritik Shafie Apdal berhubung skandal KKLW.
Bila kerajaan PH mengambil alih tampuk pemerintahan si Latheefa Koya dilantik sebagai Ketua SPRM Malaysia. Saat itu juga dia lupa skandal KKLW sehinggalah dia dilucutkan dari jawatan Ketua SPRM.
Baru ini tiba tiba tampil bercakap pasal video yang dirakam sendiri oleh si perasuah Albert.
Macam betul bercakap pasal rasuah, tahu tahu si Albert Tie sendiri tidak mengaku di Mahkamah Kota Kinabalu, telah merasuah.
Ternyata adiknya antara dalang yang mencipta naratif rasuah berkaitan perlombongan mineral di Sabah melalui portal berita.
Pada Sabahan inilah buktinya kalau negeri Sabah yang kita cintai ini cuba digugat oleh orang luar dengan apa cara sekalipun.





















Leave a Reply