Sabah dianugerahkan negeri paling cemerlang bagi tahun 2024. Penganugerahan diberikan oleh International Business Review (IBR). Agensi yang menulis journal perniagaan antarabangsa yang sangat dihormati.
Journal mereka menjadi sumber ilmu kepada ahli akademik dan syarikat yang terlibat dalam sektor perindustrian.
Jadi dalam hal ini apa agaknya persepsi pembangkang. Seperti biasa, sengaja menafikan anugerah ini, dengan alasan karut? seolah olah IBR agensi yang sengaja dicipta oleh GRS bagi menaikkan nama kerajaan di mata rakyat Sabah. Bodohlah kamu! Hahaha!
Jangan lupa ini Malaysia bukan negara negara jiran tertentu segala galanya boleh di tukang termasuk sistem pendidikan dan sistem kehakiman sampai sangat tidak masuk akal.
Sabah dinamakan sebagai Negeri Paling Cemerlang Malaysia untuk tahun 2024 atau Most Outstanding State in Malaysia for the Year 2024 sempena Majlis Anugerah ASEAN International Business Review (IBR) yang dianjurkan oleh IBR di Sabah International Convention Centre (SICC) di sini pada Sabtu malam.
Menteri Kewangan Sabah, Datuk Seri Panglima Masidi Manjun mewakili Ketua Menteri, Datuk Seri Panglima Haji Hajiji Haji Noor menerima anugerah berkenaan yang disampaikan oleh Ketua Hakim anugerah, Datuk Seri Azman Ujang.
Pengiktirafan ini berdasarkan penilaian oleh satu panel hakim profesional, yang terdiri daripada tokoh-tokoh terkemuka dari pelbagai bidang, disokong oleh data daripada penilaian menyeluruh yang dilaksanakan oleh penasihat-penasihat pakar.























Leave a Reply