Shafie Apdal Beli 8 Land Cruiser, 13 Mercedes Jumlah RM6 Juta – Pembaziran Wang Rakyat

Aku tidak pasti mana satu kenyataan Presiden Warisan, Shafie Apdal yang telah menjengkelkan netizen Sabah. Sampaikan keratan perbelanjaan era kerajaan diviralkan.

Namun percayalah kamu pasti ada  kenyataan Shafie yang sangat hipokrat, orang cakap tidak pandang cermin sebelum mengata.

Benar benar pihak Warisan semakin terdesak tampak yakin sangat bakal  kalah teruk pada pilihan raya negeri akan datang.

Justeru mari kita terjemahkan kebimbangan parti Warisan. Hahaha!

Parti politik ni kalau sudah tidak bermanfaat kepada orang lain atau  majoriti Sabahan tidak lagi menyokong politik Warisan. Nah jangan memaksa bha, hingga sanggup berlakon seolah olah sangat prihatin pada negeri dan rakyat Sabah walhal mereka sedar, merekalah yang paling teruk dan gagal tinggal lagi Shafie akan terus bercakap seolah olah tiada seorang pun rakyat Sabah tahu.

Jangan lagi kita persoalkan bahwa pembangkang Warisan sentiasa mencari cari walau seinci kelemahan kerajaan negeri GRS, supaya dengan demikian era kerajaan Warisan dinilai lebih baik dari kerajaan hari ini. Nah jangan kamu pernah terpedaya, hakikatnya kerajaan Warisan adalah kerajaan yang gagal.

Kejayaan yang mereka cuba canang itu hanya berlaku di atas kertas itu pun hasil usaha sebelum kerajaan Warisan.

Kamu orang tahu kah, dalam Presiden Warisan berkobar kobar bercakap soal kewangan Sabah  yang konon membimbangkannya.

Hakikatnya pentadbiran Shafie Apdal lagi teruk. 

Semasa kerajaan Warisan, Ketua Menteri Sabah telah membuat pembelian yang hanya membazirkan wang rakyat. Sedangkan ketika itu rakyat Sabah aman menuntut bantuan dan keprihatinan seperti mana manifesto Warisan. Tapi sayang hanya kroni dan orang orang terdekat  kepimpinan Warisan yang menikmatinya. Makanya pada pilihan raya negeri 2020, kerajaan Warisan kalah.

Ini antara pembaziran yang berlaku semasa  kerajaan Warisan tapi diluar sana kerajaan GRS pula yang membazir. Pui

Kerajaan Warisan telah mengeluarkan wang rakyat semata mata  membeli kenderaan untuk Menteri Menteri Warisan ketika itu, kesemuanya bernilai RM6,711801.92 (lebih enam juta ringgit).

1. 8 buah Toyota Land Cruiser berjumlah RM2,853,595.92 (Dua juta lebih). 

2. Mercedes Benz E300 sebanyak 11 buah untuk jemaah menteri dan speaker Dewan Undangan Negeri Sabah (DUN)

3. Mercedes Benz E200 sebanyak 2 buah untuk kegunaan Setiausaha Kerajaan Negeri dan Setiausaha Tetap Kewangan.

Leave a Reply

Proudly powered by WordPress | Theme: Baskerville 2 by Anders Noren.

Up ↑