Bung Mokhtar Dan Isteri Dalam Skandal Perlombongan Mineral Sabah

Terbongkar lagi kegiatan rasuah Bung Mokhtar seorang pemimpin UMNO dari Sandakan atau lebih tepat lagi Ketua UMNO Sabah.

Tapi kalau bab bersikap negatif terhadap orang lain, bukan main lagi. Bukan hanya hipokrat tapi juga terlalu berlagak suci, yang menghairankan aku akibat perbuatan dan sikap itu  juga hari ini majorit Melayu tidak lagi menyokong UMNO. Aku tidak tahu apa gamaknya dalam akal fikiran mereka yang pasti itulah yang dipanggil kurang ajar dan biadap terhadap rakyat.

Pemimpin UMNO terpaling minum darah itu saja yang dia cakap “minum darah” bagi menutup kegagalan dan penyelewengannya selaku wakil rakyat. Dia ingat para hakim dan SPRM takut pada spesis yang minum darah. Hahaha!

Aku ingat pendedahan sebelum ini baru diperingkat awal. Rupanya  sudah lama berlangsung  dan sudah ada “kemasyukkan”.    

Malah isteri Bung Mokhtar sendiri mengemukkan permohonan mencari gali mineral melalui syarikat   Teguh Permata Sdn. Bhd. Permohonan itu dikemukakan kepada Ketua Menteri Sabah Datuk Hajiji Noor melalui Timbalan Ketua Menteri Bung Mokhtar namun tidak kesampaian.

Surat permohonan berkenaan ditandatangani isteri Bung dan di sokong sendiri oleh Bung Mokhtar selaku Timbalan Ketua Menteri Sabah ketika itu.

Aku rasa orang disebalik permohonan itu adalah Ketua UMNO Labuan yang juga pemegang lesen perlombongan mineral. Dia juga menjadi orang terdekat si Albert dalam  usaha memonopoli lesen perlombongan mineral bukan hanya di Sabah tapi juga di negeri negeri lain.

Berita itu juga mendedahkan Ketua UMNO Labuan,  Rafi Alli Hassan telah menerima RM4 Juta ringgit dari taikun Singapura bernama  Pek Kok sam dari transaksi inilah Bung atau isteri dipercayai mendapat bahagian mereka.

Belum pun Bung Mokhtar dan isteri menjalani hukuman berkaitan skandal  FELCRA. Sudah muncul skandal baharu (Lesen Perlombongan Mineral)yang juga membabitkan isteri.

Padan pun Bung Mokhtar dan Shafie beriya iya cuba merompak jawatan Ketua Menteri Sabah dari Datuk Hajiji Noor, rupanya ada skandal rasuah yang  lebih besar dari FELCRA, menunggu giliran. Jangan tidak percaya, aku juga mendengar khabar kalau skandal KKLW akan diaktifkan. Justeru menjadi antara faktor kenapa Shafie sanggup bersekongkol dengan Bung Mokhtar dalam Langkah Kinabalu atau merampas jawatan Ketua Menteri Sabah.

Aku tidak dapat bayangkan andai mereka berjaya merampas jawatan Ketua Menteri Sabah dari Datuk Hajiji Noor. Pasti permohonan tanah seluas hampir sejuta hektar di Maliau Basin yang dikemukan si Albert Tie mendapat kelulusan mudah.

Dunia politik UMNO memang begitu dan jangan lupa Shafie bekas Naib Presiden UMNO Malaysia. Dunia penuh tipu tipu sebab itulah walaupun bangsa Melayu menjadi keutamaan UMNO untuk dimajukan tapi kerana majoriti pemimpin-pemimpinnya terlalu tidak amanah dan tidak boleh dibiarkan takut merosakkan Melayu dan negara umumnya. Hari ini majorit bangsa Melayu tidak lagi bersama UMNO.

Sekarang mari kita baca lebih lanjut skandal apa yang aku maksudkan yang membabitksn Bung Mokhtar dan isteri serta Ketua UMNO Labuan.

Jadinya apalah sangat video yang dirakam oleh si Albert bagi merosakkan kepimpinan kerajaan negeri GRS apa lagi seinci pun tanah gagal dimiliki oleh si Albert dan kumpulannya.

Kesimpulannya akhirnya tidak boleh dinafikan lagi bahwa Ketua Menteri Sabah Datuk Hajiji Noor adalah penyelamat hak hak dan  sumber mineral Sabah yang wajib rakyat Sabah tanpa mengira jenis bangsa dan agama pertahankan pada pilihan raya negeri ke 17 akan datang.

Pokoknya kali ini adalah soal Sabahan menentang parti UMNO dan Warisan.

Leave a Reply

Powered by WordPress.com.

Up ↑