
Bila kaki temberang, mengarang cerita politik maka hasilnya hanya sesuai untuk orang orang yang cetek pengetahuan dan hati yang kuat berburuk sangka. Jenis orang macam ini jika menjadi kerajaan negeri, pasti sukar bagi orang lain untuk mendapatkan keadilan.
Kelmarin aku terbaca entry Musli Oli di Facebook. Tampak sangat menjilat parti UMNO dalam masa yang sama merendahkan kemampuan parti parti tempatan. Dia sebutkan KKIP, SOGIP dan SICC sebagai bukti kerajaan UMNO yang buat.
Dia lupa retorik berkaitan perjanjian Malaysia 1963 yang dia canang selama ini. Kalau aku tidak lupa si Musli pernah menulis beberapa buah buku walaupun ayat dan isinya itu itu juga, hanya gambarnya yang berubah ubah. Hahaha!
Ertinya jika seseorang itu pernah menulis pasal perjanjian Malaysia 1963 yang tidak ditunaikan. Maka sudah tentu pasti ada parti atau kerajaan yang dipersalahkan, siapa lagi kalau bukan UMNO yang memerintah begitu lama.
Tapi hari ini si Musli berlagak seperti orang kuat UMNO. Tentang mana UMNO tu, bukan kah menurut pihak yang dia sokong yakni Warisan. UMNO menyebabkan Sabah miskin walaupun kaya dengan sumber alam.
Pertanyaannya siapa pemimpin UMNO Sabah ketika SOGIP, KKIP dan SICC di bangun? dan siapa hari ini menjadi kerajaan negeri Sabah. Bukan kah orang yang sama? yakni kepimpinan GRS.
Pemimpin kerajaan yang bertanggungjawab membina SOGIP, KKIP dan SICC ketika itu ialah Datuk Musa Aman dan barisan kabinetnya termasuklah hari ini selaku Ketua Menteri Sabah, Datuk Hajiji Noor. Tidak terkecuali Datuk Masidi dan Setiausaha Sulit Datuk Musa Aman ketika itu yakni Datuk Nizam Titingan yang kini berjawatan sebagai Pembantu Menteri kepada Ketua Menteri Datuk Hajiji Noor.
Oiii Musli, UMNO hanyalah wadah. Ibarat objek kaku yang tidak berguna sehingga ada makhluk yang memanfaatkannya.
Yang menjadikan Sabah simpanan tetap BN selama berdekad yang lalu adalah majoriti kepimpinan GRS yang ada pada hari ini.
Sebab itulah BN Sabah dapat bertahan pada pilihan raya 2018. Walaupun pilihan raya ini dianggap tsunami. Itu membuktikan kepimpinan mereka diakui rakyat Sabah terutama masyarakat dikawasan mereka sehinggalah hari ini.
Sebaliknya pemimpin-pemimpin UMNO Sabah yang si Musli sokong sekarang. Mulai dari Bung Mokhtar dan seterusnya. Apa jasa mereka pada negeri dan rakyat Sabah? selain terpalit dengan kes rasuah.
Jadinya entri Musli Oli itu tidak bersambung dengan kebijaksanaan dan kehendak rakyat Sabah yang majoritinya menyokong kerajaan GRS setelah terbukti bersungguh sungguh ingin membangun negeri dan rakyat Sabah seperti mana SOGIP, KKIP dan SICC itu.
Saya juga membaca satu entri si Musli sebelum ini ia juga satu lagi pembohongan. Aku tidak pasti adakah hampir semua entrinya yang terbukti bohong akibat ketololannya atau supaya parti maling UMNO balik berkuasa di Sabah. Apapun alasannya si Musli ni kalau tidak berubah, selepas ini amat sukar untuk dipercayai lagi.
Rakyat Sabah yang menyokong Warisan dan UMNO mereka bukan rakyat Sabah dalam erti kata yang sebenarnya. Tengok saja entri si Musli Oli itu macam orang yang tiada semangat kenegerian. Dia sudah tahu UMNO yang menggagalkan perlaksanaan perjanjian Malaysia 1963 tapi tetap dia sokong.
Benar tidak dinafikan menyokong parti tertentu adalah hak individu tapi jangan pula membohongi rakyat Sabah dengan mendakwa kerajaan GRS kerajaan yang gagal. Kalau ia pun buktikan bab mana kerajaan GRS kerajaan yang gagal.
Masalah gangguan air, kerajaan GRS berusaha menyelesaikannya walaupun ia tinggalan kerajaan sebelum ini. Tindakan menukar syarikat konsesi air oleh kerajaan Warisan menjadi penyumbang utama kepada gangguan air. Begitu juga isu bekalan letrik dan jalan raya ia juga tinggalan kerajaan Warisan yang gagal membuat penambah baikan.
Sebagai rakyat Sabah jangan kamu lupa mision kali ini, kita tutup sejarah UMNO dan Warisan di Sabah.
Sabahan Vs Warisan UMNO.





















Leave a Reply