Benar ada video yang menunjukkan Presiden STAR mengeluarkan kenyataan bahawa “iya kita akan keluar dari GRS tapi masih bersama kerajaan”
Kiranya Jeffery Kitingan ingin meletakkan posisi STAR sama seperti PBS. Selama ini PBS bukan dalam Gabungan Rakyat Sabah (GRS) tapi menyokong atau bersama kerajaan yang diterajui GRS.
Saya tidak pasti bila video atau kenyataan ini di rakam. Ini yang penting kita ketahui.
Kiranya pada pilihan raya negeri kelak calon calon PBS dan STAR akan menggunakan logo mereka sendiri.
Ini bukan perpecahan dalaman GRS sebab STAR masih menyokong kepimpinan Ketua Menteri Sabah Datuk Hajiji Noor.
Cuma begini sajalah, apa pun corak politik yang ingin dibentuk oleh Presiden STAR. Jangan pernah berunding dan bekerjasama dengan parti Warisan. Bukan apa nanti hanya menjadi mangsa dan kalah teruk, seperti yang berlaku pada DAP Sabah sebelum ini.
Sabahan Vs Warisan UMNO.





















Leave a Reply