Puad Zarkish Kau UMNO Tidak Layak Cakap Soal Rasuah

Ahli Majlis Kerja Tertinggi UMNO Puad Zarkishi.

Mungkin masih ada Sabahan yang belum tahu kalau BN adalah UMNO dan ia parti dari Malaya. Supaya kamu tahu sebab kali ini Sabahan wajib menolak UMNO dan Warisan yang juga bertapak di Malaya.

Si Puad mempersoal  atau tidak puas hati sebab hanya dua Adun  di dakwa di Mahkamah berhubung skandal si Albert Tie.

Kononnya tindakan hanya mendakwa Adun Tanjung Batu dan Adun Sindumin menimbulkan persoalan terhadap SPRM dalam memerangi rasuah.

Kamu tengok bha betapa tidak malunya puak UMNO ni, tanpa segan dan malu menyentuh isu rasuah.

Sedangkan dia dari parti yang tidak layak bercakap soal rasuah. Termasuklah juga parti Warisan tidak layak bercakap soal rasuah.

Di Malaysia hanya parti UMNO dimana Presidennya di bicarakan di Mahkamah atas tuduhan menyalahgunakan wang rakyat. Sebelum ini Najib Razak dibicarakan kerana skandal 1MDB dan terbaru Zahid Hamidi berkaitan skandal Yayasan Akal Budi.

Najib telah dipertanggungjawabkan tapi Zahid Hamidi  dibebaskan tanpa dilepaskan walhal berhadapan dengan 47 pertuduhan di Mahkamah.

Aku difahamkan tidak lama lagi skandal LCS yang dikaitkan dengan Zahid Hamidi sebelum ini akan di angkat semula dan menjadi bahan polemik yang lebih besar dari skandal 1MDB. Ini kerana yang membongkar skandal ini adalah PKR dan DAP tapi hari ini mereka duduk dalam rumah yang sama sebagai kerajaan Madani.

Begitu juga UMNO Sabah. Ketua UMNO Sabah, Bung Mokhtar telah pun didapati bersalah oleh Mahkamah berkaitan skandal FELCRA. Tapi kamu tengok lagak pemimpin dan jentera UMNO Sabah diluar sana, sangat tidak ada rasa malu. Walaupun pada hakikatnya mereka sedar sedang berbohong ketika mengkritik pimpinan negeri. Tapi kena juga ada rasa malu dan jangan menganggap  anggap rakyat Sabah bodoh. Ini tidak semakin kantoi mencuri semakin berlagak suci macam embun pagi. Hahaha!

Pokoknya rata rata pemimpin UMNO ada tuduhan rasuah di Mahkamah paling tidak rumor telah mencuri wang rakyat. Seperti rumor  Timbalan Presiden UMNO Tok Mat ada skandal membabitkan jutaan wang rakyat.

Berbeza dengan dua Adun berkenaan baru diperingkat sebutan kes di Mahkamah Sesyen Kota Kinabalu. Sungguhpun begitu si Albert Tie selaku dalang skandal permohonan lesen perlombongan mineral, awal awal lagi membuat pengakuan tidak memberikan rasuah. 

Bererti benarlah kenyataan si Albert  dalam video yang disebarkan Malaysiakini. Bahwa wang yang dia berikan kepada beberapa Adun merupakan hadiah atau untuk parti atau lebih tepat  dana parti atau dana politik.

So mana rasionalnya dakwaan si Puad Zarkish itu. Tidak kira berapa Adun yang di dakwa tetap wang yang mereka terima bukan rasuah. Apa lagi tidak membabitkan wang rakyat macam yang dilakukan pemimpin-pemimpin UMNO hingga dibicarakan di Mahkamah.

Paling penting disini, skandal lesen perlombongan mineral oleh si Albert Lie satu sen tidak melibatkan harta dan rakyat Sabah.

Aku sebenarnya malas membalas kritikan seperti ini, apa lagi dari pemimpin UMNO. Pui!

Sabahan Vs Warisan UMNO. Titik!

Leave a Reply

Powered by WordPress.com.

Up ↑

Discover more from JALINLUIN.COM

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading