Serah Pada Proses Undang Undang – KM Hajiji

Sebelum kamu membaca kenyataan Ketua Menteri Sabah Datuk Hajiji Noor berhubung pendakwaan  Mahkamah ke atas dua Ahli Dewangan Negeri (ADUN). Bagus kamu fahami dulu pengakuan si Albert di Mahkamah Sesyen Kota Kinabalu tadi pagi.

Ketika di tanya oleh hakim adakah si Albert mengaku telah memberi wang suapan. Si Albert  menjawab tidak melakukannya atau tidak memberi suapan dan minta dibicarkan. Hahaha!

Banyak kali aku nyatakan sebelum ini, bahawa si Albert sendiri yang ucapkan wang ituย  sebagai hadiah atauย  dana parti. Untuk makluman di Malaysia menerima dana parti bukan satu kesalahan malahย ย  dibenarkan. Apa lagi skandal ini sikitpun tidak membabitkan peruntukan atau wang rakyat.

Dan ia dilakukan oleh semua kontraktor besar di muka bumi ini. Sebab itulah dia tidak akun telah memberi suapan, mangkuk tu.

Apa si perasuah Albert rasa oren? Pui!




KOTA KINABALU: Ketua Menteri Datuk Seri Panglima Haji Hajiji Haji Noor berkata Kerajaan Negeri menyerahkan sepenuhnya isu membabitkan dua Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) yang berdepan pertuduhan rasuah kepada proses undang-undang.

“Kita menghormati undang-undang, dan kita akan membiarkan proses undang-undang berjalan seperti sepatutnya. Kerajaan Negeri GRS tidak akan campur tangan dalam sebarang siasatan dan tindakan undang-undang terhadap mana-mana pemimpin kerajaan,” katanya dalam satu kenyataan di sini, hari ini.

Beliau mengulas mengenai ADUN Sindumin, Datuk Dr Yusof Yacob dan ADUN Tanjung Batu, Datuk Andi Muhammad Suryady Bandi, yang didakwa atas pertuduhan rasuah di hadapan Hakim Mahkamah Sesyen, Jason Juga, hari ini.

Mengenai kedudukan mereka dalam kerajaan semasa, Ketua Menteri berkata beliau akan meneliti perkara itu dengan sebaiknya selepas menerima semua maklumat dan laporan yang berkaitan.

Hajiji berkata Kerajaan Negeri GRS komited untuk memastikan integriti dalam pentadbiran dan pengurusan kerajaan.

Andi, yang merupakan Pembantu Menteri Pembangunan Perindustrian dan Keusahawanan serta Dr Yusof yang merupakan Pengerusi Qhazanah Sabah Berhad, dituduh menerima wang daripada seorang individu bernama Dato Tei Jeinn Cheing sebagai dorongan untuk membantu mendapatkan lesen mencarigali mineral bagi dua syarikat milik rakan niaga Tei.

Tei turut didakwa di mahkamah sama atas kesalahan memberi rasuah.

Tamat

Leave a Reply

Powered by WordPress.com.

Up ↑

Discover more from jalinluin.com

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading