Tidak Semua Hal Dibawah Tanggungan Negeri Termasuk Isu Letrik Dan Jalan Raya

Memang benar pun tidak semua hal dibawah tanggungjawab kerajaan negeri termasuk pembekalan jalan raya dan elektrik. 

Hal yang selama ini menjadi modal pembangkang, terutama parti Warisan. Maksud saya bukan kah antara retorik Presiden Warisan menolak parti parti dari Semenanjung kerana didakwa gagal membangun Sabah atau tidak berlaku adil pada negeri Sabah.

Dan bukan kah Shafie sendiri pernah memegang jawatan Menteri Persekutuan yakni KKLW yang bertanggungjawab membina dan membaiki  jalan raya, air dan letrik luar bandar, namun gagal direalisasikan hingga di hadapkan ke Mahkamah Tinggi Kota Kinabalu? 

Bung Mokhtar sendiri pernah mendesak kerajaan persekutuan agar menyediakan peruntukan berbilion ringgit bagi menyelesaikan isu air di Sabah.

Isu air berlanjutan di Sabah disebabkan satu faktor utama apa bila kerajaan Warisan menukar syarikat yang bertanggungjawab menjaga 58 loji air ditukar dengan syarikat kroni Warisan yang tidak ada kemahiran dan kemampuan kewangan.

Hari ini bila kerajaan negeri, GRS menyatakan kedudukan yang sebenarnya. Membohong pula pembangkang UMNO dan Warisan tetap berkeras ia dibawah tanggungjawab kerajaan negeri. Pui!

Sabahan Vs Warisan UMNO.




PUTATAN: Isu kerosakan jalan raya, gangguan bekalan elektrik dan masalah air di Sabah tidak seharusnya ditudingkan sepenuhnya kepada kerajaan negeri, ini kerana sebahagian besar daripadanya terletak di bawah tanggungjawab Kerajaan Persekutuan.

Menteri Kewangan Sabah, Datuk Seri Masidi Manjun berkata, tindakan sesetengah pihak yang menuding jari kepada Kerajaan Gabungan Rakyat Sabah (GRS) dalam isu tersebut disifatkan sebagai tidak berasaskan fakta.

“Kebanyakan jalan yang rosak di negeri ini adalah jalan Persekutuan dan berada di bawah bidang kuasa Kerajaan Persekutuan.

“Begitu juga dengan bekalan elektrik, ia di bawah Tenaga Nasional Berhad (TNB), syarikat milik Kerajaan Persekutuan yang juga pemilik Sabah Electricity (SE),” katanya.


Masidi yang juga Timbalan Presiden Gagasan Rakyat berkata demikian sewaktu merasmikan Persidangan Tahunan Parti Gagasan Rakyat Sabah (Gagasan Rakyat) Bahagian Petagas, di sini semalam.

Turut hadir, Ketua Bahagian Gagasan Rakyat Petagas, Mohd Isquzawan Israq Arsit.

Menurut Masidi, terdapat pihak pembangkang yang lantang mengkritik kerajaan negeri dalam isu-isu berkenaan tetapi gagal meneliti fakta dengan tepat.

“Apabila pembangkang menjaja masalah jalan raya, mereka sebenarnya menyalahkan kerajaan Persekutuan sedangkan mereka juga sebahagian daripadanya.

“Bila bekalan elektrik terputus, Ketua Menteri Datuk Hajiji Noor disalahkan, padahal penjana kuasa ialah Sabah Electricity (SE) yang dimiliki TNB.

“Sementara pegangan negeri Sabah dalam syarikat itu hanya 18 peratus,” katanya.

Tambah beliau, kerajaan negeri tetap berusaha menangani isu yang berbangkit namun tidak semua boleh diselesaikan dalam masa singkat.

Mengenai isu bekalan air, Masidi menjelaskan masalah itu berpunca daripada keputusan kerajaan negeri terdahulu yang menamatkan konsesi air secara tergesa-gesa.

“Kononnya mahu jimatkan wang, tapi akhirnya kos meningkat dan kita kehilangan kepakaran syarikat konsesi.

“Akibatnya, kerajaan terpaksa bayar pampasan kira-kira RM300 juta kepada syarikat konsesi kerana menamatkan kontrak lebih awal.

“Dua kali kita rugi, hilang kepakaran mahir dan terpaksa membayar ganti rugi,” jelasnya.

Bagaimanapun, tegasnya, kerajaan GRS tidak berpeluk tubuh sebaliknya sudah memulakan usaha menyelesaikan isu air sejak dua setengah tahun lalu.

Leave a Reply

Powered by WordPress.com.

Up ↑

Discover more from jalinluin.com

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading