“Tiadalah” Skandal Rasuah Si Albert Itu

Aku terbaca artikel terbaru Malaysiakini. Portal yang menjadi alat si Albert walaupun wartawannya juga kaki paw macam si Albert.  Maksud aku macam juga si Albert perasuah dan sedang dibicarakan di Mahkamah.

Di Pahang si Albert juga menjadi dalang rasuah menyebabkan  Sultan Pahang murka. Bila beratus ekar tanah diteroka dan dijadikan kebun durian. Ini juga dalam radar SPRM.

Si Albert juga terlibat dengan jenayah antarabangsa, pemerdagangan orang.

Tapi semua aktiviti haram si Albert itu tidak dipersoalkan oleh pembangkang malah  berita si Albert  akan didakwa di Mahkamah tampak dilecehkan.

Pertanyaannya layak kah orang macam si Albert di anggap telah membongkar rasuah sedangkan dia sendiri yang jalankan?

Berbalik pada video terbaru membabitkan beberapa pemimpin PBS dan STAR. Perkara sama dikaitkan dengan beberapa pemimpin-pemimpin PGRS sebelum ini.

Begini saja; 

Aktiviti “rasuah” dalam video si Albert sama sekali tidak membabitkan wang rakyat atau menyebabkan walau seinci  sumber alam Sabah menjadi korban. BERBEZA DENGAN SKANDAL YANG DIHADAPI SHAFIE APDAL DAN BUNG MOKHTAR BULAT BULAT MEMBABITKAN WANG RAKYAT DAN MENYEBABKAN SEHINGGA HARI INI RAMAI SABAHAN YANG BERHADAPAN DENGAN KRISIS PRASARANA.

Jadi pada aku video si Albert itu sikitpun tidak menjejaskan sokongan rakyat terhadap GRS.

Tiadalah tu berbanding skandal Warisan dan UMNO. San pula ada yang ambil pusing, sedangkan skandal KKLW, FELCRA dan UMS boleh pula di telan persegi oleh penyokong mereka. Apa lagi skandal membabitkan GRS ini belum di dapati bersalah oleh Mahkamah.

Sebaliknya jika difikir secara logik dan positif. Kerajaan negeri dibawah Ketua Menteri Sabah Datuk Hajiji Noor telah menyelamatkan berjuta tanah Sabah menjadi milik  swasta macam si Albert dan rakan kongsinya dari Malaya.

Ini point penting ni. Jangan kamu ingat kepimpinan Warisan tidak terlibat sama sekali dalam skandal si Albert ini ahhh. Hakikatnya terlibat malah secara langsung sebab si Albert masuk ke Sabah semasa kerajaan Warisan yang dibawa oleh orang kuat Ketua Menteri ketika itu.

Sabahan Vs Warisan UMNO. Hahaha!

Leave a Reply

Powered by WordPress.com.

Up ↑

Discover more from jalinluin.com

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading